Daftar KMC 2018 sebelum 31 Disember untuk nikmati diskaun 10%

Sekretariat KMC Malaysia mengumumkan pendaftaran awal untuk Kangaroo Match Competition 2018. Mereka menawarkan potongan harga sebanya 10% kepada peserta yang melakukan pendaftaran awal iaitu sebelum 31 Disember 2017.

Untuk makluman, KMC ialah pertandingan cabaran matematik terbesar dunia dengan penyertaan yang semakin meningkat saban tahun. 2018 merupakan penganjuran kali ke-6 diadakan secara tahunan dengan 6 kategori dipertandingkan dari umur 7 hingga 19 tahun.

Kangaroo Match Competition 2018 akan dijalankan serentak pada 15 Mac 2018. Ianya dikenali sebagai K-day dengan semua peserta memulakan cabaran di tempat yang akan ditentukan oleh institusi pendidikan anda.

Lihat bagaimana KMC dijalankan 
Daftar KMC 2018

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.