Sepanjang PKP banyak langganan perkhidmatan aplikasi digital yang cheq langgan. Contohnya, Streamyard Basic untuk 6 bulan, Zoom Pro ketika beberapa acara perkongsian webinar, Netflix dan pelbagai lagi.
Mesti angpa menyesal bukan jika tahu yang sebenarnya banyak yang boleh jimat. Ini kerana setiap penyedia perkhidmatan menawarkan diskaun langganan menerusi penggunaan kod kupon.
Lagi banyak tawaran secara kupon diberikan jika ada acara-acara jualan tertentu seperti Black Friday yang sedang berlangsung sekarang. Black Friday ni selalunya berlangsung pada Khamis ke-empat bulan November.
Lazimnya tawaran berlangsung selama seminggu sebelum berakhir pada Jumaat. Walaupun acara Black Friday telah tamat, namun sesetengah kupon masih lagi sah dan boleh digunakan.

Ha, ada satu lagi tawaran yang digelar Cyber Monday yang bermula 30 November setiap tahun yang mana banyak syarikat-syarikat perkhidmatan solusi teknologi menawarkan tawaran diskaun yang agak menarik juga.
Jika terlepas acara-acara ini, jangan risau, banyak tawaran lain diberikan dari masa ke semasa. Jadi, kat mana nak dapat kupon untuk menikmati diskaun-diskaun ni?.
CouponBirds.com merupakan kegemaran cheq untuk dapatkan kupon untuk diskaun. Dengan kod kupon yang diberikan, cheq menganggarkan penjimatan untuk perkhidmatan yang dibayar semasa PKP adalah lebih RM300.
Baik, dibawah cheq kongsikan bagaimana cheq mendapatkan diskaun apabila melanggan akaun Freepik Premium untuk kegunaan projek penerbitan terbaru.





Dalam proses diatas dapat la jimat dalam RM10, boleh la, lepas beli pisang goreng petang ini. Kalau ada rezeki, banyak penjimatan yang dapat. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Hehe.
Comments have been closed/disabled for this content.