Sertai ATC iChampion MY – Komuniti guru Malaysia pengguna produk dan perkhidmatan Apple

ATC iChampion MY merupakan komuniti guru pengguna produk dan perkhidmatan Apple untuk pendidikan di Malaysia. ATC merupakan singkatan bagi ‘Apple Teacher Community’.

Kumpulan ini berkembang pesat sejak 2017, sehingga kini telah menganjurkan pelbagai program berbentuk perkongsian ilmu.

Dalam situasi pandemik, fokus terkini adalah perkongsian percuma menerusi bengkel secara atas talian berkenaan kreativiti dan pembangunan kandungan pendidikan.

Dijemput bagi guru yang mempunyai peranti Apple atau guru yang mahu meninjau dahulu untuk menyertai komuniti ini menerusi kumpulan Telegram.

Sertai ATC iChampion MY

 


Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.