Kumpul dana projek pendidikan menerusi 100% Project

Pada penghujung 2015 di Seminar 3i – Google For Education, saya menemui saudara Andrew, pengasas bersama bagi 100% Project. Itu kali kedua saya menemui beliau pada tahun yang sama. Kami sempat berborak panjang.

Beliau berkongsi aspirasi serta perancangan projek yang sedang dijalankan. Beliau dan rakan-rakan pada tahun tersebut sibuk mempromosikan jenama mereka menerusi ruang pameran dan media sosial.

100% Project merupakan satu perkhidmatan mengumpul dana awam menerusi platform atas talian bagi tujuan pendidikan di Malaysia. Mereka menjalankan projek atas dasar sukarela.

Kaedah mengumpul dana adalah hampir sama sepertimana yang digunakan oleh Indiegogo ataupun Kickstater, bezanya di 100% Project, kumpulan sasaran mereka memberi fokus kepada bidang pendidikan di Malaysia dan dana yang dihulurkan dalam bentuk sumbangan kewangan semata-mata kepada pihak perayu.

Semalam, saya berkesempatan mengunjungi laman web mereka. Ada juga beberapa kali teman berkunjung ke sana sebelum ini untuk melihat perkembangan 100% Project.

Mengagumkan apabila kebanyakan rayuan dana yang dipromosikan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Projek ini juga telah diiktiraf sebagai Malaysia’s Best Social Enterprise of 2016 di ASEAN STARTUP AWARDS 2016.

Selain rayuan dana awam oleh pendidik, pihak 100% Project juga menjalankan beberapa inisiatif sendiri bagi mengumpul dana. The BIG Give merupakan salah satu projek yang sedang dipromosikan untuk membantu guru di beberapa sekolah yang memerlukan untuk membeli alat bantu mengajar dan peralatan sukan.

Bagi para pendidik yang mempunyai projek untuk dibangunkan di sekolah pada 2017, dan masih mencari-cari sumber dana, teman cadangkan platform ini adalah yang terbaik untuk anda.

Nasihat saya, setelah mendaftar, anda haruslah lebih agresif mempromosikan projek ini menerusi saluran PIBG, web, alumni, media sosial dan sebagainya. Semoga platform ini memberi manfaat yang besar kepada dunia pendidikan di Malaysia.

Layari 100% Project

Like laman Fb 100% Project

FAQ dan Terma

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.