Lanjutan PKP COVID-19, pendidikan kita bergerak ke fasa baharu

Pendidikan kita berada dalam fasa baharu apabila di Malaysia sahaja menurut data UNESCO, 8 juta pelajar terjejas manakala pada peringkat global lebih 1.5 billion pelajar terjejas akibat pandemik COVID-19.

Tahun ni tahun yang sangat unik. Segalanya berubah. Kalau PKP dah tamat pun belum tentu sekolah akan dibuka serentak. Semua kena bersedia untuk tempoh yang mungkin agak lama sebelum segala-galanya kembali kepada tetapan asal.

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seterusnya, bagi sayakita bakal menyaksikan kreativiti para guru lebih terserlah apabila PKP pertama dan dan lanjutan ke-2, kebanyakkan tertumpu kepada skil penggunaan platform secara ‘remote learning’.

Setelah mahir menggunakan platform, perkara seterusnya adalah soal pembangunan kandungan serta sumber pembelajaran secara digital untuk anda gunakan dalam pengajaran. Banyak potensi yang boleh diterokai kat sini.

Catatan seterusnya di Cikgu Siber akan memberi fokus kepada soal pembangunan ini. Terima kasih atas sokongan anda.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.