Lawatan sambil belajar bertemakan STEM. Mari kunjungi agensi-agensi ini. – Bahagian 1

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) mempunyai pelbagai agensi yang melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan sains dan teknologi. Kesemua agensi mereka boleh dilawati namun pihak sekolah atau sesebuah institusi pendidikan perlu menghantar permohonan terlebih dahulu.

Saya dimaklumkan pihak MOSTI mengalu-alukan kerjasama dari pihak KPM untuk menggalakan guru dan pelajar untuk datang melawat agensi-agensi ini agar masyarakat umum maklum akan kewujudan agensi ini disamping mendedahkan kepada pelajar sekolah laluan kerjaya dalam bidang Sains.

Berikut merupakan senarai 18 agensi yang berkaitan dengan STEM yang anda boleh lawati. [Bahagian 1].

1. Pusat Sains Negara (PSN)

PSN diwujudkan bertujuan untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan penghargaan orang ramai terhadap sains dan teknologi. PSN adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan dua aras galeri dan pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran dan aktiviti yang disediakan adalah direka untuk setiap lapisan umur dan latar belakang sama ada individu mahupun lawatan berkumpulan.

Sekiranya anda memerlukan aktiviti Sains yang disediakan khas oleh pegawai PSN, anda boleh menempah Program Sekolah untuk lawatan anda. Untuk makluman anda, program sekolah hanya dijalankan pada hari bekerja, iaitu Isnin hingga Khamis. Lawatan berbentuk sebegini dinamakan Lawatan Berprogram. Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi kami sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu sebelum lawatan untuk pihak PSN memproses permohonan tersebut.

Lokasi: Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan Gunung Keriang, Alor Setar (Cawangan)

Laman web: https://www.psn.gov.my

2. Malaysia Green Technology Corporation (MGTC)

National Green Technology Policy (NGTP) yang dilancarkan pada 24 Julai 2009 telah mengenal pasti teknologi hijau sebagai pemacu utama untuk mempercepatkan ekonomi negara dan mempromosikan pembangunan mampan. Peranan MGTC adalah memperkenalkan pelbagai program dan insentif untuk menyokong penggunaan teknologi hijau dalam sektor ekonomi utama di seluruh negara.

Lokasi: Bandar Baru Bangi, Selangor

Laman web: https://www.greentechmalaysia.my

3. Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA)

SEDA Malaysia adalah badan berkanun yang dibentuk di bawah Akta Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA adalah untuk mentadbir dan mengurus pelaksanaan mekanisme tarif suapan yang diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725].

Antara misi agensi ini adalah untuk:

  • memastikan tenaga lestari memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan pemuliharaan alam sekitar;
  • Memastikan program tenaga lestari yang sedia ada diuruskan dengan cekap dan cekap;
  • Secara berterusan menilai penyelesaian potensi tenaga lestari baru dengan kerjasama para pemegang kepentingan domestik dan antarabangsa untuk mempelbagaikan dan melengkapi portfolio sedia ada program tenaga mampan sedia ada;  dan
  • menggalakkan orang ramai untuk menerima tanggungjawab dalam peralihan paradigma ke arah hidup secara mampan.

Lokasi: Presint 4, Putrajaya

Laman web: http://www.seda.gov.my

4. Planetarium Negara

Salah satu tarikan utama planetarium ini termasuk pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa dan filem format besar. Di galeri utama adalah pameran berkaitan dengan Sains Angkasa. Antaranya adalah enjin angkasa Arianne IV, yang juga merupakan salah satu enjin yang digunakan bagi pelancaran MEASAT 1, satelit pertama Malaysia ke angkasa lepas. Juga terdapat sebuah Teleskop 14-inci (360 mm) yang ditempatkan di menara tinjau. Planetarium Negara menganjur ke taman tema angkasa di mana terletak replika balai cerap silam. Ia bersambung oleh jambatan pejalan kaki atas ke Muzium Negara. Terdapat juga Stonehenge mini yang terletak di luar planetarium ini di mana pengunjung tidak perlu ke England untuk melihat replika ini.

Lokasi: Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Laman web: https://www.planetariumnegara.gov.my

5. Malaysia Technology Development Corporation (MTDC)

MTDC telah menjadi pemain utama dalam pengkomersilan teknologi di Malaysia dan mempromosikan penggunaan teknologi oleh syarikat tempatan hampir 30 tahun. Mereka bergiat aktif dalam hal Fund Management, Incubation, Advisory dan Nurturing Services. MTDC dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad

Lokasi: Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 

Laman web: https://www.mtdc.com.my

6. Agensi Nuklear Malaysia (ANM)

ANM merupakan satu agensi untuk meneraju kecemerlangan dalam penyelidikan dan penggunaan teknologi nuklear untuk pembangunan lestari di Malaysia.

ANM bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi yang telah termaktub dalam punca kuasa seperti berikut, iaitu:

  • menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D);
  • khidmat dan latihan dalam bidang teknologi nuklear bagi pembangunan negara;
  • bertindak sebagai Organisasi Sokongan Teknikal Kebangsaan dalam bidang nuklear dan teknologi yang berkaitan;
  • menggalakkan penggunaan, pemindahan dan pengkomersialan teknologi nuklear;
  • bertindak sebagai Pusat Rujukan Kebangsaan untuk Forensik Nuklear;
  • bertindak sebagai Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif dan Bahan Api Nuklear Terpakai Kebangsaan;
  • menyelaraskan dan menguruskan hal ehwal nuklear di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai agensi penghubung bagi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA); dan
  • bertindak sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi perlaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT).

Lokasi: Kajang, Selangor

Laman web: http://www.nuclearmalaysia.gov.my

7. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)

LPTA merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk hal kemampanan tenaga, penciptaan kekayaan melalui sains dan teknologi dan juga kelestarian alam sekitar di Malaysia.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi ini adalah:

  • laporan kaji cuaca,
  • pelesenan bahan radioaktif,
  • mengurus dan menyelaras dana R,D&C,
  • ujian DNA,
  • pendidikan Sains Angkasa,
  • khidmat juruperunding Perlindungan Sinaran,
  • pencerapan maklumat muka bumi,
  • pendidikan non-formal STI,
  • perlesenan elektrik dan gas,
  • skim pemeteran Tenaga Bersih (NEM),
  • permohon Tarif Galakan (FiT),
  • geran Audit Tenaga Bersyarat untuk Bangunan Komersial,
  • penilaian Pembangunan Lestari Rendah Karbon Kawalan Pencemaran Air dan Udara serta pengurusan bahan / buangan berbahaya.

Lokasi: Dengkil, Selangor

Laman web: https://www.aelb.gov.my

8. Malaysia Space Agensi (MySA)

Inisiatif penubuhan MYSA adalah bagi memastikan pembangunan dan pengurusan sektor angkasa negara yang lebih strategik, teratur dan komprehensif. Antara fungsi MYSA adalah untuk:

  • membina keupayaan negara secara menyeluruh dan terlaras dalam bidang teknologi, aplikasi dan sains angkasa;
  • melaksanakan penyelidikan dan pembangunan serta menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam teknologi dan aplikasi angkasa, dan sains angkasa;
  • memperoleh dan menyediakan data satelit khususnya yang diterima melalui stesen bumi penerimaan data milik negara dan menjana maklumat berkaitan untuk keperluan dan kegunaan aplikasi dalam pelbagai bidang;
  • melaksanakan Dasar Angkasa Negara serta menambah nilai kepada dasar-dasar negara sedia ada yang berkaitan; dan
  • dan menyelaras dan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi angkasa untuk memperkukuhkan sumber kepakaran tempatan.

Lokasi: Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

Laman web: http://www.mysa.gov.my

9. Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia)

Jabatan Kimia Malaysia terdiri daripada rangkaian makmal di seluruh negara yang menyediakan analisis, penyiasatan dan perundingan saintifik kepada agensi kerajaan. Ia bertujuan untuk menyokong penguatkuasaan undang-undang bersama-sama dengan pelaksanaan program yang berkaitan dengan keselamatan air, makanan, alam sekitar dan produk perindustrian untuk melindungi dan memajukan kesihatan awam dan keselamatan kepada orang awam, dan melindungi kepentingan pengguna juga sebagai kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Makanan dan beberapa produk perindustrian untuk eksport juga dianalisis untuk memastikan kepatuhan kepada piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa dan dengan itu memastikan daya saing di pasaran global. Penyediaan perkhidmatan ini boleh didapati di seluruh negara termasuk makmal yang terletak di Ibu Pejabat di Petaling Jaya bersama-sama dengan 13 lokasi strategik lain di Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Bintulu.

Lokasi: Petaling Jaya, Selangor

Laman web: http://www.kimia.gov.my

Lawatan sambil belajar bertemakan STEM. Mari kunjungi agensi-agensi ini. – Bahagian 2

Penafian: Semua maklumat dipungut daripada laman web rasmi agensi dan Wikipedia. Sebahagian maklumat diterjemah dari Bahasa Inggeris. Maklumat diatas dipaparkan sebagai perkongsian samata-mata untuk memudahan para pendidik merencana program sekolah. Pihak kami tidak bertangungjawab ke atas perubahan maklumat atau paparan sebarang maklumat yang tidak tepat atau tertinggal. 

Jangan lupa melanggan saluran CikguSiber di Telegram.

Disunting semula pada 15 Mac 2020. Sumber gambar: Fb MOSTI

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.