Frogasia membuka pendaftaran minat untuk Leaps of Knowledge 2018

Leaps of Knowledge atau dikenali sebagai ‘leaps’ oleh komuniti pendidik merupakan satu persidangan tahunan anjuran Frogasia melibatkan warga pendidikan seluruh negara.

Ianya bertemakan teknologi dalam pendidikan serta perkongsian amalan baik dalam pembelajaran abad ke-21.

Pentas utama lazimnya melibatkan nama-nama besar dunia dalam bidang pendidikan, dibawa khas untuk memberi inspirasi kepada pendidik serta pelajar.

Saya berkesempatan menyertai ‘leaps’ edisi 2015 apabila dijemput sebagai salah seorang penerima anugerah serta terlibat di sudut ‘Ask the Experts’ bersama berapa orang rakan. 😎

Edisi 2018 dengan tema ‘Level Up! Raising the Bar Together‘ sudah pasti membawa pelbagai aktiviti yang bagi saya sepertimana edisi sebelum-sebelum ini, ‘tidak wajar untuk anda lepaskan’. 👍👍👍

Pihak penganjur telah membuka pendaftaran minat kepada para pendidik serta ibu bapa yang ingin sama melakukan perubahan. Maklumat lanjut program atau sebarang kemaskini akan disalurkan terus ke peti email anda. ✅

Leaps of Knowledge 2018 akan berlangsung di JW Marriot, KL pada 7 Aprill 2018 (Sabtu).

Ayuh! Raising the Bar Together. 🚀

Daftar minat LEAPS 2018

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.