leaps-2019-frogasia

Frogasia bakal menganjurkan 2019 Leaps Of Knowledge pada 23 November 2019

FrogAsia akan menganjurkan persidangan pendidikan “Leaps Of Knowledge” pada 23hb November 2019 (Sabtu) di JW Marriot Kuala Lumpur, bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Antara pembentang pada persidangan ini adalah Peter Tabichi yang telah mendapat pengiktirafan Anugerah Global Teacher Prize 2019.

Selain itu terdapat juga pengisian menarik seperti mini seminar yang akan dibentangkan oleh tokoh-tokoh antarabangsa serta aktiviti-aktiviti lain yang mengujakan.

leaps-2019

Persidangan ini juga memberi ruang dan peluang untuk warga pendidik bertemu dengan rakan-rakan dari sekolah kerajaan, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan tenaga pengajar universiti. Ianya juga adalah satu medium untuk mendapatkan pengetahuan baru dan bertukar-tukar idea sesama peserta.

Jika anda mendaftar sebelum 31 Oktober, anda masih boleh mendapatkan harga ‘early bird‘ berjumlah RM120 berbanding harga biasa RM260.

Jika anda menggunakan promo kod ‘RAM50’ sebelum 31 Oktober bagi pendaftaran individu anda hanya dikenakan bayaran RM50 sahaja. Sebenarnya, anda boleh berjimat lagi jika anda mendaftar secara berkumpulan dengan harga hanya RM120 bagi empat peserta.

Maklumat lanjut berkenaan persidangan ini boleh didapati di laman web https://www.leapsofknowledge.com

Nota: Sebagai pendidik, saya berpendapat acara ini tidak wajar dilepaskan dalam kalendar tahunan anda. Acara ini begitu berprestij – menampilkan tokoh-tokoh yang memberi inspirasi. Ayuh sertai. Inshaallah jumpa kita di sana.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.