Lihat ciri-ciri baharu dalam kemaskinian Padlet sepanjang 2017

Saya menggunakan Padlet di dalam kelas sebagai satu alat kolaborasi kelas terutamanya dalam sesi ideation. Pelajar akan menerokai dunia Internet mencari sumber dan memautkan segala penemuan serta media yang mereka perolehi di kanvas digital yang dicipta.

Padlet juga boleh digunakan dengan pelbagai cara seperti untuk kurasi kandungan, nota kelas, blog dan sebagainya. Ianya ditawarkan menerusi aplikasi web dan juga peranti pintar.

Sepanjang 2017, Padlet membawakan beberapa ciri-ciri baharu dalam usaha memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna. Dibawah merupakan ciri-ciri baharu Padlet yang telah ditawarkan kepada umum.

Disamping ciri-ciri diatas, kini pengguna Padlet juga boleh melakukan highlight pada teks pilihan.

Pihak Padlet juga menawarkan Templates untuk mengguna membina kanvas yang cantik dengan mudah. Mereka menyediakan beberapa rekabentuk dan akan sentiasa menambah bilangan templat dari masa ke semasa.

Diawal tawaran, Padlet hanya menawarkan 2 cara kandungan dipaparkan. Terkini mereka memperkenakan Shelf, iaitu beberapa tawaran format untuk pengguna mempelbagaikan persembahan anda.

Selain itu, Padlet juga memperkenalkan satu ciri yang selama ini saya harapkan muncul di Padlet. Ianya adalah connector dan juga stack ordering. Ianya menjadikan Padlet merupakan alat yang berkuasa untuk anda hasilkan infografik, carta alir dan sebagainya.

Sumber: Padlet Blog

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.