Lihat catatan pengalaman para peserta acara EduBlogger Meetup #2

MyEduBlog merupakan satu inisiatif sekumpulan guru untuk memperluas penyebaran idea serta informasi pendidikan menerusi aplikasi teknologi web. Saya, Cikgu IK dan Cikgu Azhar mewujudkan platform ini sebagai satu wadah penyatuan para penulis kandungan pendidikan di Malaysia.

Ada yang bertanya, komuniti MyEduBlog hanya untuk cikgu-cikgu sahaja? Jawapannya, tidak. Penyertaan adalah terbuka kepada semua tak kira anda masih lagi pelajar atau bukan berada dalam sistem pendidikan arus perdana. Apa yang penting kandungan penulisan anda menjurus atau berkaitan dengan pendidikan.

EduBlogger Meetup

Untuk mencapai objektif gerakan, kami membangunkan komuniti dengan cara kami tersendiri. Antaranya, kami memperkenalkan EduBlogger Meetup, iaitu satu acara tahunan perhimpunan para blogger untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran.

Acara  ini sentiasa menampilkan konsep yang berbeza setiap kali perhimpunan dengan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak. Oleh itu, pengalaman yang anda akan perolehi dalam setiap pertemuan adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat juga cadangan untuk kami menganjurkan siri bengkel kemahiran. Inshaallah, ianya dalam pertimbangan.

#2

Pada 4-5 Disember berlangsungnya EduBlogger Meetup #2 di Kuala Lumpur dengan penyertaan 32 orang peserta. Jika perhimpunan lalu dalam EduBlogger Meetup #1, kami memilih lokasi di MaGIC dengan perkongsian teknik asas penulisan, asas UI/UX serta Google Ads, kali ini kami membawakan perkongsian bermakna daripada para blogger berpengaruh Malaysia.

Antaranya, sesi keynote daripada Cikgu Hailmi (cikguhailmi.com), forum bersama Cikgu Raihan (raihanjalaludin.com), Cikgu Herry (mudahmengajar.com), Cikgu Zaki (bmspm.net) dan Cikgu Amjad (cikgushare.com) serta perkongsian daripada ramai lagi blogger berpengalaman. Perhimpunan diadakan di Apple Gaya Training Room.

Nak tahu catatan pengalaman para peserta-peserta perhimpunan pada kali ini? Anda boleh membacanya sendiri pada pautan dibawah:

Catatan Cikgu Hailmi

Catatan Cikgu Raihan 

Sekitar EduBlogger Meetup #2

EduBlogger Meetup #2 : Pencetus Inspirasi kembali menulis blog!

Edublogger Meetup #2: Selangkah Ke Hadapan..

Catatan-catatan peserta lain akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sertai komuniti blogger pendidikan Malaysia di Telegram.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.