QR Code atau nama panjangnya Quick Rensponse Code merupakan satu teknologi label pengenalan secara optikal untuk membekalkan maklumat sesuatu produk.
Ianya merupakan evolusi kepada penggunaan code bar dengan membekalkan lebih banyak maklumat secara matrik.
QR Code dicipta pada 1994 oleh Denso Wave dan pertama digunakan dalam industri autimotif. Kini ia hadir dengan pelbagai bentuk format.
Ianya digunakan secara meluas sejak akhir-akhir ini termasuklah dalam industri pembankan untuk urusan nirtunai. ? ? ?? ?
Dengan QR anda oleh melabelkan URL pautan web, maklumat lokasi, contact card, maklumat acara, teks dan pelbagai lagi kegunaan.
Dalam pendidikan juga terdapat guru-guru yang kreatif mengaplikasikan QR Code ini dalam modul atau buku yang mereka hasilkan.
Bina QR Code untuk rangkaian WiFi
Dalam catatan ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk anda log masuk rangkaian Wi-Fi dengan mudah tanpa memasukkan katalaluan. Anda hanya perlu imbas sahaja menggunakan QR reader. ?
Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam dewan seminar yang besar atau sederhana. Penganjur hanya perlu memaparkan QR Code di skrin atau menampal pada sudut-sudut tertentu.
Selain itu ianya juga berkesan untuk pelindungan kata laluan anda agar tidak bocor, terutamanya di sekolah. ? ? ? ?
Di rumah pula, ia dapat menyelesaikan masalah anda yang selalu lupa katalaluan jika tetamu bertandang dan mahu menggunakan Internet. ?
Baiklah, untuk demo saya akan gunakan aplikasi QRAFTER di iOS. Untuk Android anda mungkin boleh menggunakan QR Droid.
Muat turun app Qrafter
Muat turun QRAFTER (App Store)





Kedua-dua aplikasi (QRAFTER dan QR Droid) ini juga menyokong pembinaan QR Code bagi business card, kalendar, pautan web, pemetaan dan sebagainya.
Untuk membaca QR Code tersebut, fungsi kemera pada peranti Apple (dengan iOS 11) sedia terbina dengan sistem pengimbas kod QR. Anda tidak memerlukan aplikasi tambahan. ?
Untuk peranti Android (model peranti tertentu yang tiada pengimbas QR terbina) anda perlu memuat turun aplikasi QR reader dari Play Store.
Mudah bukan? ? ? Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk laman Facebook kami.
Comments have been closed/disabled for this content.