Berikut merupakan cara log masuk portal Digital Learning KPM untuk menggunakan perkhidmatan pembelajaran digital yang disediakan. Panduan ini khas untuk guru (dan mungkin ada persamaan dengan pelajar juga).
Pastikan anda mempunyai ID yang dibekalkan. Contoh: g-12345678@moe-dl.edu.my. Jika tiada dapatkan daripada Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah anda.
Kata laluan adalah kad pengenalan anda. Sila tukar kata laluan pada log masuk pertama. Pastikan anda ingat atau simpan kata laluan baharu, kalau hilang panjang cerita nanti.
Terdapat dua cara untuk mengakses platform ini. Pertama menerusi Web Browser seperti Chrome, Safari atau Edge. Cara kedua menerusi app, namun cara ini masih belum diaktifkan untuk guru.
Dibawah saya tunjukan cara mengakses platform pembelajaran atas talian ini menggunakan Safari. Anda boleh menggunakan Web Browser kegemaran anda.





Nota: Asas sistem ini adalah G-Suite daripada Google. Oleh itu, anda boleh mengakses peti emel Gmail, Google Calendar, Google Drive dan pelbagai lagi aplikasi daripada Google. Selamat bereksplorasi.
Sokong Cikgu Razif dengan mengundi beliau sebagai #CikguJuaraDigital MDEC di https://bit.ly/3aS5J3t sebelum 14 Mei 2020. Boleh lihat video projek di https://youtu.be/DicoAZ7NwBg. Selamat berpuasa.
- Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.
Ikuti saluran Cikgu Siber menerusi saluran Telegram kami untuk pelbagai infomasi dunia teknologi pendidikan setiap hari.
Comments have been closed/disabled for this content.