Kini anda boleh log masuk Frog VLE menggunakan nombor Kad Pengenalan

Kritikan pertama saya sewaktu pelancaran Frog VLE untuk komuniti pendidik Malaysia pada 2012 adalah mengenai isu nama ID yang tidak mesra.

ID telah dijana secara automatik untuk para pendidik. Pendidik tidak diberi peluang untuk memilih ID kegemaran mereka.

Isu ini mungkin dipandang remeh oleh golongan tertentu tetapi tidak kami generasi muda.

Sepanjang 4 tahun terlibat sebagai jurulatih VLE, isu nama ini menjadi perkara yang dilihat sebagai ‘kelakar’.

Sebagai contoh, bagi NAMA SAYA BIN AYAH SAYA, ID yang dijana mungkin adalah NS.AYAHSAYA@yes.my.

Akan lebih ‘kelakar’ jika bagi pengguna wanita. Seperti contoh diatas sistem akan memilih nama ayahnya sebagai nama yang dieja penuh.

Sudah tentu untuk mengunakan alamat ini sebagai email rasmi untuk pelbagai urusan terasa macam ‘…tak best je‘.

ID yang diberikan kepada saya adalah MOHD32XXX@yes.my. Ianya menyukarkan saya untuk mengingati.

Setelah 5 tahun dengan pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa, pihak Frogasia seperti menyedari perkara ini, seterusnya menawarkan cara baru untuk log masuk hanya menggunakan nombor kad pengenalan anda.

Perlu diingat ianya bukannya alamat email baru anda. Ianya hanya salah satu cara untuk log masuk bagi kemudahan anda.

Anda hanya perlu memasukan nombor kad pengenalan sahaja pada ruangan ID tanpa ‘@yes.my’.

Saya mengharapkan pada masa hadapan, pihak Frogasia dapat merombak kembali sistem automatik ini dengan memberi kebebasan kepada para pendidik untuk memilih nama yang mereka sukai.

Secara peribadinya, saya lebih sukakan jika domain diberikan adalah XXXX@1bestarinet.net berbanding XXXX@yes.my sebagai email rasmi tugas.

Ini kerana ianya boleh mengelirukan rakan dari organisasi lain yang menyangka saya adalah kakitangan syarikat YES dengan domain email tersebut.

Berbalik kepada tawaran ciri baru ini, apakah pandangan anda?  Lontarkan pendapat anda pada ruangan komen dibawah.

Sumber: Frog VLE Learn Centre

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.