LRK 2015 – Kenali Raspberry Pi & Arduino

Dengan tema Inovasi jalur Lebar – Gaya Hidup Digital Malaysia, Pertandingan Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Kandungan yang dipertandingkan  adalah dalam bentuk video pendek, aplikasi mobile ,portal web dan yang menarik pada tahun ini diperkenalkan satu lagi kategori baru iaitu Raspberry Pi & Arduino.

Sudah tentu ramai pelajar bertanyakan kepada anda, apa itu Raspberry Pi? , apa itu Arduino? Mengapa ianya dipromosikan sebagai satu kategori penting bagi tahun ini?. Sebelum itu kita syarat-syarat pertandingan pada tahun ini bagi kategori tersebut.

LRK 2015 – KATEGORI RASPBERRY PI DAN ARDUINO

Syarat-syarat
1. Peserta dikehendaki untuk menghantar cadangan projek alatan bantu mengajar menggunakan Raspberry Pi atau/dan Arduino.
2. Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri portal dan perhubungan dua hala serta pelbagai elemen interaktif (dimansuhkan).
3. Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
4. 10 penyertaan terbaik akan dipilih untuk menghadiri Bengkel Liga Remaja Kreatif 2015 – Raspberry Pi dan Arduino di mana para peserta akan dibekalkan dengan peralatan Raspberry Pi/Arduino dan menghasilkan projek mereka dengan bantuan daripada pakar-pakar yang dijemput khas.

Untuk menjawab persoalan diatas, seterusnya saya akan perkenalkan kepada anda kedua-dua peranti ini.

Raspberry Pi 
Raspberry Pi merupakan papan komputer tunggal yang berperanan sebagai sistem kawalan pemprosesan. Ianya terdiri daripada papan litar dilengkapi cip pemprosesan, port input, port output dan juga sokongan simpanan data.

Ia hadir dengan beberapa port terbina seperti HDMI (untuk dihubungkan ke monitor atau televisyen), port USB (untuk tetikus dan papan kekunci), dan juga port mikro-SD (untuk ruangan sistem dan fail).

Raspberry Pi hadir dalam saiz sebesar Mykad, Ia hadir dalam dua variasi, iaitu model A dan juga model B. Membezakannya, Model B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet melaluinya.

Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang sedia digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini. Ia juga didatangkan dengan kerangka khusus berasingan sebagai pelindung.

What is a Raspberry Pi?

Raspberry Pi's Forum

Raspberry Pi dibangunkan oleh Raspberry Pi Foundation bertujuan untuk mempromosikan ilmu asas sains komputer di sekolah. Pada 18 Februari 2015 mereka mengumumkan lebih 5 juta unit telah terjual.

Pada bulan ini juga mereka melancarkan model baru Raspberry Pi 2 yang 6 kali lebih pantas dan berkuasa daripada model terdahulu. Apa yang boleh dilakukan oleh Raspberry Pi? Video dibawah menerangkan apa itu Raspberry Pi dan penggunaannya.

Raspberry Pi terkini dikuasai oleh litar Broadcom BCM2836 SoC,dengan  pemproses quad-core ARM Cortex-A7 CPU, VideoCore IV dual-core GPU, 1 GB of RAM dan dilengkapi output HDMI.  Raspberry Pi 2 membawa tanda harga US$35 bagi model B dan US$25 bagi model A.

Carian kami di Internet mendapati set ini dijual dengan harga RM160-200 bagi model B. Sudah tentu ianya amat murah dan saiznya yang kompak membolehkan ianya digunakan sebagai satu mesin yang ringan dan mudah-alih.

Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dikhaskan untuknya seperti Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi. Model baru Raspberry Pi 2 dikatakan bakal menyokong Windows 10.  Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman muat-turun khas untuk beberapa koleksi sistem operasi mereka.

Pengguna juga boleh memuat-turun NOOBS atau NOOBS Lite yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum. Video dibawah menunjukan beberapa idea kreatif dalam penggunaan Raspberry Pi oleh peminatnya.

12 COOL PROJECTS FOR RASPBERRY PI

 

Arduino

Adakah Raspberry Pi dan produk dari Itali, Ardiuno mempunyai fungsi dan peranan yang sama? Saya boleh katakan ianya mempunyai peranan yang agak sama, namun dari segi ciri-ciri yang ditawarkan agak berbeza.

Raspberry Pi menyokong sistem perkomputeran yang lengkap, ianya umpama sebuah mini komputer dan anda perlu boot untuk mengaktifkannya, manakala Ardiuno lebih kepada litar kawalan mikro.

Perantinya dengan jenama Ardiuno Uno tidak boleh mengawal sistem pengoperasian berskala besar. Namun ianya pilihan yang sempurna untuk penghasilkan projek elektronik yang khusus dan ringkas kerana dapat dihubungkan terus dengan sesebuah modul, komponen atau sensor -dengan arahan pengaturcaraan yang mudah.

ARDUINO YOUTUBE CHANNEL
Untuk memilih yang mana lebih sesuai, ia bergantung kepada apakah produk prototaip yang ingin anda bangunkan. Jika tidak terlalu kompleks anda tidak perlukan Raspberry Pi, Sebuah Arduino Uno sudah memadai.
Namun, bagi kami, Raspberry Pi merupakan satu teknologi yang harus anda terokai pada tahun ini memandangkan prospeknya yang semakin besar serta penawaran kuasa serta sistem operasi yang semakin mesra pengguna. Berikut merupakan perbezaan dari segi spesifikasi antara kedua-dua peranti ini.
Sudah tentu pengenalan kedua-dua papan litar ini memberi impak yang besar kepada inovasi digital. Anda mungkin dapat mengoptimasikan produk yang sedia ada kepada produk yang lebih kecil, murah dan jimat tenaga.
Kategori yang diperkenalkan kali ini memang bersesuaian dengan hasrat KPM dalam membentuk pelajar berfikir aras tinggi. 10 pasukan dengan idea projek terbaik akan didedahkan dengan sebuah bengkel yang bakal dianjurkan kelak.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.