LRK2015 – Panduan Produksi Video (Bahagian 2)

Bahagian 2 – Pemilihan alat rakaman

Bahagian kedua akan membincangkan secara ringkas mengenai peralatan rakaman yang mungkin boleh digunakan untuk rakaman. Teruskan bacaan kome yek.
Alat Rakaman. Apakah pilihan anda?
Adakah anda perlukan set kamera rakaman seperti set George Lucas untuk  menghasilkan rakaman yang berkualiti? Sudah tentu tidak. Untuk videografi pelajar, anda bebas menggunakan sebarang peralatan mengikut kemampuan anda. Jika anda memiliki sebuah DSLR ianya adalah satu bonus untuk anda memandangkan kelebihan fungsi tambahan serta sensor rakaman berkualiti tinggi.

Mengapa DSLR?
i. Saiz yang kecil berbanding kamera konvesional
ii. Rakaman sehingga saiz 4K (Ultra HD)
iii. Pelbagai lensa untuk kesan yang pelbagai
iv. Pelbagai aksesori tambahan
v. Kawalan manual untuk rakaman yang berkualiti

Perbandingan saiz format rakaman. Telefon pintar sekarang pun telah mencapai standard rakaman berdifinisi tinggi 4K.
Perkelasan saiz sensor, Full Frame atau APS-C. Bagi DSLR Full Frame harganya melebihi RM4000 keatas bagi badan sahaja, sudah tentu menjanjikan rakaman yang jitu.
Nikon vs Canon
Ada pelajar bertanya saya kamera apa yang paling sesuai untuk rakaman video. Saya menjawab berdasarkan pengalaman cikgu, Nikon lebih mesra untuk tujuan fotograf manakala Canon lebih mesra dan sesuai untuk tujuan rakaman video menerusinya. Namun ia bergantung kepada selera masing-masing. Sony dan Panasonic juga mengeluarkan produk yang baik untuk rakaman video.
Kemudian soalan kedua ditanya, boleh cikgu sarankan sebuah kamera terbaik untuk videografi.. Emmm.. Nah!, amek ni..

Jangan terkejut kome, haha.. Saya senaraikan beberapa lagi jenama yang mungkin anda mampu memiliki. Harga diatas adalah harga pada penghujung 2014. Harga terkini tertakluk kepada nilai wang semasa. Model yang ditunjukkan, mungkin ada yang telah dikemaskini.

Jika anda memilih untuk melakukan rakaman menerusi telefon bimbit, sebuah Galaxy Note 4, iPhone 5/6 atau Xperia Z3 memanglah sebuah gajet yang ideal. Namun harganya amat mahal menyamai sebuah DSLR peringkat permulaan. Sebagai langkah mula, dapatkan telefon (atau pinjam) kerana apa yang penting sekarang adalah anda wajib memilihi peralatan untuk proses rakaman.
Tidak dinafikan kualiti gambar menjadi asas sebuat penerbitan yang berkualiti. Setelah memiliki peralatan yang sesuai bergeraklah memulakan rakaman dengan yakin dan sentiasa percaya kamera murahpun jika diadun dengan teknik yang pelbagai akan menghasilkan video yang akan menambat hati juri. Saya percaya juri memahami masalah pelajar dan menimbangkan aspek kualiti rakaman.
Sebuah Sony Xperia C3 dengan harga murah dipacu kuasa rakaman sehingga 1080p

Aksesori Tambahan

Jika anda serius untuk menjadikan videografi sebagai hobi anda, mulalah menabung untuk mendapatkan beberapa aksesori tambahan yang akan membantu meningkatkan teknik rakaman anda.
-Pelbagai Lens (Standard, Potrait Prime Lens 50mm, Fisheye, Wide Angle)
-Tripod/Monopod
-Kad Memori (Berkapasiti besar & berkelajuan tinggi)
-Bateri Tambahan
-Video Stablelyzer / Dolly / Slider
-Jib Arm
-Sand Bag
-Videomic

Kesemua aksesori ini akan saya ulas dalam catatan yang lain. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tanyalah En. Google anda. Biasanya dalam bengkel, saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai akspek teknikal setiap peralatan dan teknikal rakaman. Berminat untuk bengkel boleh hubungi saya di nombor 0134863010.

Bahagian 1- Pengenalan & asas penulisan papan cerita
Bahagian 3 – Proses rakaman, teknik kamera serta komposisi
Bahagian 4 – Perisian Penyuntingan – Mana satukah pilihan anda?

Nantikan:
Bahagian 5 – Penerbitan, hak cipta dan pematuhan undang-undang

Sebarang penyalinan artikel ini hendaklah dikreditkan kembali ke blog ini. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

 

Komen

komen

2 responses to “LRK2015 – Panduan Produksi Video (Bahagian 2)

Terima kasih cikgu tentang info ini. Kebetulan sedang mencari info tentang standard kualiti untuk penerbitan video pd laman web

Terima kasih cikgu tentang info ini. Kebetulan sedang mencari info tentang standard kualiti untuk penerbitan video pd laman web

Comments have been closed/disabled for this content.