Sertai Pertandingan Video Malaysia Junior Science Odyssey MOSTI 2018

Kepada para pendidik, sila war-warkan kepada pelajar anda untuk menyertai pertandingan video Malaysia Junior Science Odyssey anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Penyertaan adalah dari kalangan pelajar berumur 13 hingga 15 tahun di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertandingan ini dianjurkan sempena  7th ASEAN+3 Junior Science Odyssey (APT JSO-7)

Hasilkan 3 minit video kreatif bagaimana sains, teknologi dan inovasi dapat membantu Malaysia mencapai kejayaan bertemakan “STI For A Progressive Malaysia By 2050”.

Peserta haruslah menggunakan salah satu daripada 17 topik dalam The Sustainable Development Goals (SDGs).

Setiap pasukan terdiri daripada 3 pelajar dari sekolah yang sama. 4 pasukan terbaik akan terpilih mewakili Malaysia ke APT JSO-7 yang akan diadakan di Universiti Putra Malaysia pada 29 Julai sehingga 4 Ogos 2018.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Mac 2018 (Khamis) sebelum jam 5 petang.

Terma dan syarat

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.