Mamahami trend dunia menerusi statistik di saluran Data Is Beautiful

Yahoo! merupakan laman web paling popular semasa saya berada di tingkatan 5 pada tahun 2003. Antara perkhidmatan utama mereka adalah engin carian, peti emel dan portal berita. Waktu ni, Yahoo! mencatatkan jumlah akses 5 kali ganda lebih banyak daripada Google.

Google hanya dapat mengatasi Yahoo! pada Julai 2010 setelah saya tamat belajar. Walaupun kini Yahoo! mengalami kejatuhan yang teruk, namun ramai lagi rakan-rakan saya masih menggunakan perkhidmatan emel mereka.

Tahukah anda yang mana pada dekad 90-an, engin carian utama bukanlah Google, tetapi Alta Vista. Android pula yang dilancarkan pada September 2008, hanya mengambil masa dua tahun untuk menjadi sistem pengoperasian peranti pintar paling popular sehingga kini.

Dimana saya tahu semua ini?

Data Is Beautiful merupakan saluran Youtube yang memaparkan statistik secara animasi mengikut tahun. Anda boleh melihat statistik yang dikumpulkan sejak berdekad yang lalu. Mereka tidak menyatakan sumber data yang jelas, namun saya yakin, pemilik saluran mendapatkan data dari sumber-sumber yang sahih.

Dengan melihat data-data ini, barulah saya faham mengapa setiap generasi tertentu mempunyai band-band muzik antarabangsa yang mereka obses. Kita juga dapat melihat garis masa kejatuhan jenama-jenama yang pernah popular dahulu. Saya juga dapat memahami mengapa industri global kini memberi tumpuan kepada negara-negara tertentu seperti Indonesia dan Pakistan.

Berikut merupakan antara beberapa paparan menarik mereka:

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.