Ini manifesto saya untuk cabaran #GuruJuaraDigital MDEC 2020

Subsidi kerajaan untuk peranti pengajaran ICT

Manifesto: Menang sahaja #CikguJuaraDigital, saya akan perjuangkan pemberian subsidi daripada kerajaan bagi pembelian peranti pengajaran untuk semua pendidik (selepas PKP dalam ekonomi kembali stabil).

Penjelasan:

Peranti elektronik pengajaran seperti komputer atau tablet merupakan keperluan yang sangat penting kepada para guru. Ianya menjadi nadi utama dalam dunia pendidikan yang bergerak ke arah pendigitalan.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik virus COVID-19 ini sebagai contoh, peranti yang baik dan bersesuaian amat-amat diperlukan untuk pengajaran secara ‘remote learning‘.

Selama ini, para guru terpaksa mengeluarkan wang belanja sendiri atau membuat pinjaman pembelian komputer kerajaan untuk membeli sendiri peralatan komputer yang bukannya murah. Guru juga perlu mendapatkan perisian-perian tertentu.

Perkembangan pantas teknologi memerlukan para pendidik sentiasa mengemaskini peranti dan sokongan aksesori sekurang-kurangnya setiap 3 tahun. Cuba bayangkan pelaburan yang guru perlu lakukan.

Pemberian inisiatif kepada guru untuk pembelian peralalatan pengajaran elektonik telah diamalkan dibeberapa negara kerana guru menggunakan peranti digital untuk digunakan dalam pelbagai urusan organisasi.

Subsidi ini bermaksud terdapat jumlah tertentu yang diberikan kepada guru secara ‘one off‘ atau setiap tiga tahun sekali untuk meringankan beban para guru membeli peralatan-peralatan ICT pengajaran.

Inshaallah, dengan sokongan rakan-rakan saya akan merealisasikan hasrat ini. Undi Cikgu Razif di https://bit.ly/3aS5J3t

Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.