Apple, Google dan Microsoft merupakan tiga gergasi dunia digital yang menyokong inisiatif penggunaaan teknologi untuk pendidikan. Mereka melakukan pelaburan yang besar dalam industri ini. Pertamanya, sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat. Kedua, strategi pemasaran produk.
Perkongsian kali ini, saya akan memperkenalkan secara terperinci mengenai inisiatif yang sedang rancak dipromosi daripada ketiga-tiga jenama global ini. Bahagian pendidikan Apple dikenali sebagai Apple Education, Google dikenali sebagai Google for Education manakala Microsoft dikenali sebagai Microsoft Education.
Sebelum itu, saya siarkan jadual di bawah yang saya hasilkan berdasarkan pembacaan saya dari sumber-sumber rasmi. Perlu diingat jadual ini bukan satu perbandingan kerana setiap program mempunyai standard yang berbeza. Kesemuanya akan saya terang dalam empat bahagian nanti. Jangan lupa langgan saluran Telegram kami untuk notifikasi bahagian seterusnya.

Sumber gambar: Microsoft Education
Comments have been closed/disabled for this content.