Mari Uji P@55word anda!

Ramai yang mengambil mudah untuk mencipta kata laluan (password) yang baik. Akibat kekurangan pendedahan atau tindakan spontan sewaktu melakukan pendaftaran akaun menjurus kita memilih apa sahaja frasa untuk dijadikan kata laluan.

Menurut Google dalam kajiannya, katalaluan yang paling popular yang digunakan oleh masyarakat dunia adalah nama haiwan peliharaan serta tarikh yang bermakna seperti tarikh ulangtahun perkahwinan dan tarikh lahir.

Dalam dunia korperat pula, menurut Trustwave, sebuah syarikat keselamatan internet mendedahkan kata laluan yang paling banyak digunakan adalah password1.

Berikut pula merupakan kata laluan yang selalu digunakan oleh komuniti siber:
1. password
2. 123456
3. 12345678
4. abc123
5. qwerty

Melihat kata laluan popular diatas, amat mudah untuk sesiapa meneka.  Sebenarnya, kecuaian dalam menguruskan katalaluan mendedahkan kita dengan jenayah kecurian maklumat serta pencerobohan.

Penjenayah akan menggunakan apa sahaja cara, termasuk perisian pemecah kata laluan untuk menggunakan maklumat anda. Dengan kata laluan yang ‘kuat’ ia menyukarkan mereka menceroboh akaun anda.

Statistik yang dikeluarkan oleh NorSIS Password Survey 2012  menunjukkan sebanyak 74% responden menggunakan kata laluan yang sama untuk sistem yang berbeza.

Menggunakan kata laluan yang sama untuk semua perkhidmatan memang memudahkan kita untuk mengingati. Namun, kata laluan yang dipilih mestilah baik dan selamat. Jika tidak anda akan ditimpa malang yang berganda.

Anda juga tidak digalakkan mencatat kata laluan dalam bentuk fizikal ataupun di dalam peranti pintar anda. Katalaluan haruslah disimpan dalam minda anda.

Bagaimana mahu memilih kata laluan yang selamat? Kebanyakan sistem pendaftaran akaun masa kini akan menganalisis sama ada kata laluan yang kita pilih selamat ataupun tidak.

Syarikat pembankan atas talian pula kini pengguna meningkatkan keselamatan log masuk dengan sistem yang terdiri daripada beberapa elemen. Sebagai contoh mereka memaparkan gambar rahsia pilihan anda untuk anda sendiri sahkan ianya bukan satu web phishing. 

Sistem keselamatan terkini seperti Two Factor Authentication bakal menjadi satu kaedah yang harus digunakan untuk meningkatkan tahap keselamatan atas talian. Kaedah ini memerlukan anda memasukan satu kod tambahan (selain katalaluan anda) yang dihantar ke nombor telefon peribadi anda.

Jadi, apakah katalaluan yang terbaik. Menurut pakar keselamatan, satu katalaluan yang baik mestilah:

-Terdiri lebih daripada 8 aksara.
-Terdiri daripada gabungan aksara kecil, aksara besar, nombor serta simbol.
-Bukan berinspirasikan tarikh penting kehidupan peribadi anda

Untuk menyemak kekuatan katalaluan anda, apa kata kita uji menggunakan alat berikut.

Mulakan ujian di How Secure Is My Password?

Mulakan ujian di Password Meter

Amaran: Sila pastikan anda menguji katalaluan di website yang diyakini sahaja. 

Jika kata laluan anda lemah anda dinasihatkan segera menukarnya pada tetapan (setting) sesuatu akaun. Namun, pastikan anda mampu mengingati kata laluan yang baru tersebut.

Jika anda menggunakan sistem yang sensitif serta menggunakan kata laluan yang terlalu kompleks anda boleh mandapatkan beberapa aplikasi pengurusan katalaluan yang terdapat di pasaran agar anda tidak terlupa.

Lihat Panduan Keselamatan Katalaluan  dari Pusat Keselamatan Google

Keputusan carian bagi kata laluan 123456, apa pula keputusan kata laluan anda?

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.