Menangi tajaan biasiswa bernilai RM1 juta menerusi Breakthrough Junior Challenge.

Breakthrough Prize dengan kerjasama Khan Academy menawarkan tajaan biasiswa sebanyak USD250,000 (RM1,087,250) kepada pelajar yang terpilih dalam cabaran yang diberi nama Breakthrough Junior Challenge.

Dalam cabaran ini pelajar hanya perlu menghasilkan satu video menarik yang menerangkan sesuatu konsep mencabar atau teori dalam Matematik, Sains Hayat ataupun Fizik. Ia haruslah dipersembahkan dalam bentuk yang menarik minat ramai, memberi gambaran tepat serta cara yang kreatif.

Daftar Cabaran Breakthrough Junior 

Umur penyertaan adalah dari 13 sehingga 18 tahun (pada 7 Oktober 2015) dan terbuka kepada semua warga dunia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Oktober 2015.

Selain hadiah tajaan biasiswa, ibu bapa kepada pemenang akan dibawa bersama ke majlis penyampaian anugerah Breakthrough Prize yang akan berlansung dan disiarkan keseluruh dunia. Guru pembimbing atau guru pemberi inspirasi akan diberikan geran pendidikan sebanyak USD 50, 000 (RM 217,450).

Manakala pihak sekolah pula akan dibina sebuah makmal sains khas rekabentuk oleh Cold Spring Harbor Laboratory dengan nilai pembangunan sebanyak USD 100,000 (RM434,900). Lumayan bukan. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.breakthroughjuniorchallenge.org/

Komen

komen

1 responses to “Menangi tajaan biasiswa bernilai RM1 juta menerusi Breakthrough Junior Challenge.

Comments have been closed/disabled for this content.