Mengapa iPad dan Apple TV menjadi pilihan saya untuk 2018?

Catatan ini berkaitan dengan catatan saya sebelum ini. Catatan sebelum ini saya mencadangkan peranti Apple iPad, Apple TV serta beberapa aksesori untuk guru yang mahukan sebuah peranti yang ideal.

Sebelum saya mulakan, mahu saya tegaskan yang mana catatan ini hanyalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman saya selaku pengguna tegar iPad. Ia tidak mewakili pandangan pasukan cikgusiber.com. 😊

Ya, selama ini para pendidik di Malaysia membelanjakan wang sendiri membeli peralatan komputer untuk urusan kerja, termasuklah saya. 🤠

Kebetulan hari ini, para guru diberi bonus tahunan. Di salah satu kumpulan Telegram mengenai teknologi dalam pendidikan, saya melihat ramai guru-guru bersedia berbelanja untuk mendapatkan peranti baharu.💰💰 🤑

Pada penghujung tahun lepas, saya membimbing beberapa guru yang baru memiliki iPad. Tamat sesi, saya terus ‘dipersalahkan’ oleh mereka.

Secara berseloroh mereka mengatakan, mengapa saya tidak promote teknologi daripada Apple ini sejak awal dahulu. 😌 Saya hanya menjawab dengan senyuman. 😋

Untuk pengetahuan anda, saya terlibat secara aktif dalam latihan penggunaan teknologi Apple sejak awal 2016 bersama 9 buah sekolah rintis untuk mendapatkan status Apple Distinguished School (ADS).

Salah satu bengkel di utara tanah air

Baiklah, mengenai iPad. iPad menjadi pilihan bukan kerana ianya sebuah ‘iPad yang anda faham’. Anda mungkin menganggap iPad hanyalah gajet untuk kanak-kanak menikmati kandungan media serta bermain permainan interaktif. 🤡👻🙈🙉👶

iPad sebenarnya telah diberi nafas baharu oleh pihak Apple untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Mereka membelanja jutaan ringgit untuk menghasilkan teknologi bagi menyokong persekitaran pembelajaran moden.

iPad menjadi pilihan saya untuk 2018 kerana transformasi iOS 11 serta tawaran lebih 200,000 aplikasi pendidikan yang anda boleh muat turun dari App Store.

Berikut merupakah pecahan bagi bajet sebanyak RM2,500 tersebut:

Apple iPad (2017) Wi-Fi 32G

Harga: RM1,469 (Diskaun Pendidikan)

Mengapa iPad? Produk Apple seringkali ‘dikecam’ kerana membentuk persekitaran sendiri. Ya, benar. Tetapi persekitaran inilah yang memberi keunikan kepada produk mereka. 🔪🍏

Berikut merupakan 6 sebab mengapa iPad perlu menjadi pilihan anda:

Dioptimasi untuk pendidikan – Apple melihat peranti iPad sebagai sebuah peranti yang ideal untuk kegunaan guru dan pelajar. Oleh itu mereka menyediakan pelbagai aplikasi yang menarik untuk anda gunakan seperti iBooks, iTunes U, Apple Classroom dan pelbagai lagi.

Mereka juga menaiktaraf fungsi Notes dengan pelbagai ciri baharu serta fungsi anotasi pada dokumen. Apple juga menyediakan panduan kepada guru untuk menggunakan produk mereka di iBooks. 📝

Panduan menggunakan pelbagai teknologi menerusi iBooks
Pengurusan pembelajaran digital menerusi iTunes-U

 

Transformasi iOS 11 – Apple membawa perubahan yang besar pada sistem pengoperasian di iPad menerusi pengenalan iOS 11. Ianya memberi banyak perubahan drastik kepada peranti ini dengan ciri-ciri yang produktif.

Fungsi dock, multitasking dan spit-screen merupakan fungsi yang sudah pasti anda sukakan. Dengan iPad juga ada boleh merakam skrin dengan mudah. 🤘🤘🤘

Fungsi ‘drag and drop’ meningkatkan produktiviti   
Pages boleh membaca format fail Word dan juga mengeksport kepada pelbagai format

Sokongan perisian aplikasi yang lebih produktif – Apple menyediakan alternatif yang semakin matang untuk perisian aplikasi pejabat penganti Word, Excel dan Powerpoint. Mereka menawarkan Pages, Numbers dan Keynote yang mempunyai ciri yang lebih menarik.

Selain itu terdapat beberapa aplikasi lain untuk kreativiti seperti iMovie dan GarageBand. Anda atau anak anda juga boleh belajar koding dan robotik di iPad menerusi aplikasi canggih Swift Playgrounds. 🎞🎻🎳

Belajar koding menerusi aplikasi Apple Swift Playgrounds
Mudahnya menyunting video pada iPad menerusi iMovie
Apple Classroom amat ideal dalam persekitaran BYOD

Intergasi storan awan menerusi aplikasi Files – Aplikasi Files merupakan satu aplikasi yang luarbiasa bagi anda yang telah terbiasa dengan teknologi storan secara awan (cloud storage). ☁️☁️☁️

Dengan fungsi iCloud dari Apple, anda tidak perlu risau lagi dengan storan 32G. Ada juga boleh mengintegrasi aplikasi storan lain seperti Google Drive, Dropbox, Microsoft OneDrive dan sebagainya. 💃💃💃

Storan awan yang diintegrasi secara sistematik dalam satu aplikasi

Saiz kompak dan masa penggunaan yang tinggi – iPad memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja kerana saiznya yang kompak. Ia mempunyai ketahanan bateri yang lama untuk anda gunakan sepanjang hari.

Penggunaan bersama casing + keypad fizikal merupakan satu keperluan untuk perlindungan iPad, senang untuk menaip serta mudah dibawa. 💼💼🐴

Anda boleh menyunting dimana-mana sahaja pada ruang yang terhad
Aplikasi kreatif yang menyokong paparan skrin sentuh dan stylus

200,000 aplikasi pendidikan di App Store – Ya, terdapat lebih 200,000 aplikasi pendidikan di App Store dan kebanyakannya percuma. Jika anda merupakan seorang guru pengguna tegar Google, semua aplikasi Google boleh anda gunakan pada iPad.

Begitu juga dengan pelbagai aplikasi popular pendidikan seperti Explain Everything, Padlet, Kahoot!, Plickers dan sebagainya. Kebanyakkannya ditawarkan dalam bentuk aplikasi dan dapat gunakan pada iPad. 🌚 🌝

Aplikasi hebat daripada Google
Anda masih boleh menggunakan produk daripada Microsoft pada iPad
iPad generasi baharu menyokong ciri-ciri AR dengan lebih baik

Apple TV 3rd Gen (Refurbish)

Harga: RM333 [Lazada]

Apa itu Apple TV? Mungkin ini persoalan kepada guru yang baru mendengar mengenainya. Apple membangunkan Apple TV sebagai satu transformasi TV untuk lebih interaktif. 🍏📺

Apple TV perlu disambungkan pada paparan seperti televisyen atau projektor menerusi port HDMI. Selain untuk hiburan keluarga, ianya juga digunakan dalam pendidikan untuk tujuan pengajaran.

Apple TV berperanan untuk anda paparkan kandungan dari iPad ke projektor secara terus tanpa wayar melalui fungsi AirPlay (mirroring). 🎩

Dengan sambungan tanpa wayar anda bebas bergerak ke sekitar kelas disamping boleh menunjukkan hasil kerja pelajar menerusi aplikasi kamera di kelas (sebagai contoh).

Balik sahaja ke rumah anda hanya perlu memalamkan Apple TV anda pada peti televisyen rumah untuk anda nikmati kandungan media di ruang tamu bersama keluarga. iPad anda akan bertindak sebagai interactive remote. Menarik bukan.

Mengapa tidak Apple TV 4th Generation? ⛈

Apple TV 4th Generation memang menjadi pilihan terbaik untuk dimiliki jika anda mempunyai bajet yang lebih. Namun, bagi saya Apple TV 3rd Generation sudah memadai.

Apple sudah tidak mengeluarkan model ini, jadi ada boleh dapatkan model refurbish (kitar semula) ataupun dapatkan sahaja yang 2nd-hand.

Bezanya Apple TV 4th Generation anda mempunyai storan yang besar (32G) untuk penyimpanan pelbagai aplikasi serta video. Anda boleh menyimpan video kedalamnya terlebih dahulu jika Internet di kelas anda kurang baik.

Apple TV 4th Generation juga lebih berat dan lebih tebal berbanding 3rd generation. Jadi dengan Apple TV 3rd generation, beg anda tidak terlalu berat.

Logitech Bluetooth Keyboard

Harga: RM322 [Lazada]

Penggunaan keypad fizikal pada iPad amat penting untuk meningkatkan produktiviti terutamanya proses untuk memasukan input. Ianya wajib dimiliki dan digunakan bersama iPad anda. 😐

Saya mengalakkan anda mendapatkan keypad fizikal dari Logitech atau model yang berjenama kerana mereka menawarkan kualiti serta keselesaan menaip. Walaupun agak mahal, namun, ianya pelaburan yang amat berbaloi.

Wacom Bamboo Stylus Active Pen

RM299 [Lazada]

Saya pernah mencuba sebuah active stylus berharga RM65. Saya berpendapat anda tidak perlu membazirkan wang dengan membeli active stylus yang murah. Terus saja dapatkan Wacom Bamboo Stylus Fineline ini.

Siapa yang tak kenal dengan kemampuan barisan produk dari Wacom ini. RM299 bagi sebatang active stylus terbaik membuatkan anda tidak akan menyesal seperti saya. 😤

Lightning to VGA (converter/dongle)

Harga: RM77.27 [Shopee]

Mengapa saya masukkan alat ini dalam senarai walaupun anda boleh menghubungnya secara mirroring dengan Apple TV untuk dipaparkan pada projektor?

Lightning to VGA merupakan penyambung yang boleh anda gunakan secara terus dan pantas kerana dalam situasi tertentu anda memerlukan kepantasan. 💪

Sebagai contoh, secara tiba-tiba pengetua meminta anda membuat perbentangan program panatia. Untuk setup Apple TV anda di Bilik Mesyuarat sudah pasti mengambil sedikit masa. Inilah waktunya untuk Lightning to VGA.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan backup jika Apple TV anda mengalami masalah dan pada ketika itu ada memerlukannya. Juga ditawarkan dongle Lightning to HDMI. 

Nota: Model pihak ketiga dalam pautan Shope.e diatas berbeza dengan set original Apple (seperti gambar diatas) yang ditawarkan dengan harga RM184 di Lazada (Apple Store)

JUMLAH KESELURUHAN: RM2,500.27

Sudah miliki iPad, Apple TV dan aksesori? 💸 Sekarang masanya untuk belajar bagaimana cara penggunaan iPad dengan efektif. Sertai kumpulan Telegram ATC – iChampion Malaysia untuk mengikuti pelbagai program latihan yang akan dianjurkan di tempat anda secara percuma.

Kenali iPad dan iOS 11

Sumber gambar: Apple, Wacom dan Logitech

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.