Saya ditanya mengenai satu isu yang agak sukar juga untuk dijawab iaitu “Bagaimana untuk membantu golongan pelajar yang tiada akses kepada Internet untuk belajar semasa PKP COVID-19?”.
Saya mencadangkan beberapa langkah, antaranya penggunaan teknologi frekuensi radio ataupun menggunakan teknologi lama iaitu dengan penghasilan bahan berbentuk audio diletakkan di ‘MP3 player’ dan diedarkan kepada pelajar.
Podcast dan Audiobook untuk pendidikan
Sebenarnya, penggunaan audio dalam pendidikan kembali menjadi perhatian kini apabila teknologi podcast dan audiobook berkembang dengan pesat di negara-negara maju.
Idea penggunaan audio untuk pembelajaran muncul apabila kini ramai manusia yang berada beberapa jam didalam kenderaan akibat kesesakan atau berada pengankutan awam.
Populariti ‘TWS earbuds’ atau fon telinga stereo tanpa wayar seperti Airpods merupakan satu lonjakan kepada teknologi pembelajaran ini apabila pengguna tidak lagi ‘terikat’ kepada peranti.
Pengguna bebas melakukan sebarang tugasan tanpa bergantung kepada peranti. Ini adalah pengalaman peribadi apabila saya kini sering mendengar siaran podcast pendidikan sambil melakukan tugasan lain.
Ia menjadikan saya lebih produktif semasa musim PKP COVID-19 ini. Podcast merupakan satu potensi yang seharusnya diterokai oleh dunia pendidik di Malaysia.
Inshaallah, projek iPad Podcasting Studio saya bersama pelajar telah diluluskan oleh pihak pentadbiran sekolah dan bakal dilaksanakan apabila sekolah sudah dibuka kelak.
Audio dalam pembelajaran
Berbalik kepada isu yang diutarakan oleh wartawan Astro AWANI, sebenarnya untuk melaksanakan idea yang dicadangkan adalah agak sukar kerana ia melibatkan proses teknikal yang rumit dalam penyediaan platform dan juga kandungan.
Maklumlah dalam tempoh sekarang yang mana pergerakkan semua orang terbatas. Namun, ianya masih boleh dilaksanakan jika terdapat usaha yang bersungguh-sungguh dengan sokongan kepakaran dan kewangan yang besar dari pelbagai pihak.
Apa yang boleh dilakukan adalah setelah PKP ini, platform ini boleh mula dibangunkan sebagai persediaan. Jika situasi seperti yang kita hadapi ini hari ini berlaku pada masa hadapan kita telah bersedia dengan pelbagai kandungan pendidikan.
Jika tidak berlaku pun, kandungan ini boleh ditempatkan di platform penyiaran kandungan podcast untuk diakses oleh para guru dan pelajar seluruh negara.
Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.
Comments have been closed/disabled for this content.