Microsoft melancarkan Whiteboard for EDU

Google, Apple dan Microsoft merupakan 3 gergasi utama dunia digital yang menawarkan pelbagai inisiatif menarik untuk pendidikan.

Micosoft minggu lalu mengumumkan Microsoft Whiteboard for Education yang dikenali juga sebagai Microsoft for EDU.

Untuk pengetahuan anda, Microsoft Whiteboard merupakan satu aplikasi kanvas digital untuk pengguna berkongsi idea, kandungan dan berkolaborasi.

Ianya direkabentuk untuk menyokong skrin sentuh bersama pen digital. Whiteboard pada awalnya ditawarkan pada aplikasi Surface Pro. Ia juga kini sedia didapati di App Store pada iPad.

Untuk mengakses, anda dikehendaki log masuk  menggunakan akaun Microssoft 365 anda.

Introducing Microsoft Whiteboard for Education

Untuk menguji aplikasi ini, saya menggunakan ID pelajar yang diberikan USM kerana ID tersebut disokong Microsoft. Saya tidak pasti sama ada ID Yes yang dibekalkan kepada guru dapat digunakan.

Saya mencuba aplikasi ini pada iPad dengan menggunakan stylus biasa. Whiteboard memaparkan antaramuka yang agak ringkas dengan alatan melakar yang perlu sahaja.

Sepertimana aplikasi kanvas digital lain, Whiteboard mempunyai ciri mengenalpasti rupa bentuk umum lantas menukarnya berdasarkan lakaran pengguna. Oleh itu, rupa bentuk umum yang dihasilkan akan lebih sempurna.

Kelainannya, ia mempunyai satu fungsi ink to table yang membolehkan anda mengeluarkan ‘jadual sebenar’ menerusi lakaran. Selain memasukan imej, anda juga boleh meletakkan nota lekap pada kanvas.

Aplikasi ini juga mempunyai ‘pen ajaib’ yang membolehkan dakwat bertukar warna semasa melakar. Ciri ini hampir menyerupai fungsi lakaran pada Microsoft Office 365.

Bagi saya, Whiteboard perupakan satu alternatif yang baik untuk kanvas digital popular. Microsoft mungkin perlu mempertingkatkan pengalaman pengguna sepertimana fungsi lakaran pada app PowerPoint 365.

Anda sudah mencubanya? Apa pendapat anda?

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.