Microsoft mengumumkan rancangan pengajaran baru untuk STEM dan kemaskini Minecraft: Education Edition

Minggu ini Microsoft menerusi inisiatif Microsoft Education mengumumkan hadir dengan beberapa tawaran menarik untuk para pendidik.

Hasil kerjasama dengan BBC Learning mereka menawarkan koleksi rancangan pengajaran berasaskan ‘inquiry-based learning’ yang dihasilkan oleh para pendidik.

Ianya bertemakan penerokaan lautan biru memanfaatkan filem dokumentari BBC Earth dan OCEANX bertajuk Oceans: Our Blue Planet. 

Menerusi panduan pengajaran yang dirangka, pelajar dicabar untuk menulis kod, membina sensor, menganalisis data dan mencipta dalam 3D serta mixed reality.

Selain itu, mereka juga mengemaskini Minecraft: Education Edition dengan kemaskini ‘Update Aquatic‘. Untuk itu, mereka menyediakan panduan pembelajaran yang khusus kepada para pendidik sebagai sokongan.

Ianya telah didemonstrasi di persidangan tahunan ISTE pada 24-27 Jun lalu di gerai pameran Microsoft Education dengan sambutan yang menggalakkan.

Microsoft juga menawarkan geran menerusi program Limitless Libraries untuk memberi pengalaman pembelajaran unik menerusi set kepala yang menyokong mixed reality di perpustakaan sekolah dan awam.

Program seperti ini menunjukkan betapa seriusnya pihak Microsoft untuk membangunkan teknologi mixed reality serta mengadaptasi teknologi ini dalam pendidikan.

Permohonan geran ini telah dibuka, namun ianya hanya ditawar di Amerika Syarikat sahaja.

Sumber: Microsoft Education Blog

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.