Microsoft Surface Pro 2017 dilancarkan, hadir bersama Surface Pen yang dipertingkat

Bertempat di Shanghai, Microsoft melancarkan Surface Pro baharu. Ini berupakan generasi kelima Surface Pro dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan. Kali ini hanya nama Surface Pro (tanpa nombor) diperkenalkan. Tentunya Microsoft memilih cip pemprosesan Intel generasi ke-7 (Kaby Lake) yang memberi kelebihan kepada penjimatan tenaga. Microsoft mendakwa Surface Pro mempunyai kemampuan bertahan selama 13.5 jam.

Surface Pen yang sebelumnya didatangkan bersama pembelian Surface tidak lagi ditawarkan. Ianya dijual secara berasingan bersama beberapa lagi aksesori. Surface Pen kini telah dinaiktaraf dengan ketepatan yang lebih jitu serta lebih menyokong fungsi seni digital profesional sepertimana Apple Pencil. Surface Pro kini juga dioptimasi untuk Microsoft Dial.

Kepada para pendidik yang mahukan sebuah peranti hibrid yang berkuasa, mempunyai ketahanan bateri yang lama serta menyokong jari-jemari anda yang kreatif, Surface Pro merupakan satu produk yang ideal.

Sumber: Microsoft Blog

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.