Microsoft Teams umum fungsi baharu pengredan pada peranti pintar

Microsoft pernah memperlihatkan Microsoft Classroom pada 2014. Namun. projek Learning Management System (LMS) ini distruktur semula dengan Microsoft mengintegrasi teknologi yang dibangunkan dalam ujian beta Classroom pada satu aplikasi baharu, Teams.

Microsoft Teams dilancarkan pada 31 Julai 2017 sebagai satu platform untuk pengurusan dan komunikasi kumpulan kerja pada masa yang sama bakal bersaing dengan Google Classroom dan Apple iTunes-U sebagai sebuah LMS.

Sebagai sebuah sistem yang baharu, Microsoft giat membangunkan platform ini dengan memperkenalkan pelbagai penambahbaikan untuk memenuhi permintaan penguna. Nampaknya, Microsoft sangat serius dengan aplikasi ini untuk mencabar dominasi Google Classroom.

Di acara BETT 2019 baru-baru ini, mereka melancarkan satu lagi fungsi baharu iaitu kebolehan untuk mengred tugasan pada kemaskini terbaru pada app. Kebolehan ini dilihat sebagai satu ciri yang sangat berguna untuk memudahkan urusan para pendidik.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.