Sekitar miniMeetup: Python di MaGIC, Cyberjaya

DevCon : Cikgu Edition merupakan salah satu inisiatif utama cikgusiber.com untuk membantu para guru Malaysia dalam usaha menyediakan mereka mendepani cabaran ‘industri 4.0’.

Fokus akan diberikan kepada hal-hal berkaitan kemahiran asas pendidik dalam pelaksanaan subjek baharu seperti Asas Sains Komputer dan Sains Komputer di sekolah.

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama erat komuniti sukarelawan digital DevCon. Kami dan pihak industri sedar, sesuatu perlu dilakukan dengan kapasiti serta kemampuan yang kami miliki.

Pada 14hb April berlangsungnya satu perjumpaan pertama para guru-guru ASK menerusi inisiatif DevCon : Cikgu Edition di MaGIC, Cyberjaya.

Agenda perjumpaan yang dikenali sebagai miniMeetup : Python ini selain menemukan para pendidik dengan penggiat industri, satu sesi bengkel juga diadakan untuk menyediakan asas pengaturcaraan Python kepada para pendidik.

Berikut merupakan sekitar program yang berlangsung. Kami difahamkan pendidik datang dari seluruh pelusuk negara. Terima kasih diucapkan kepada para peserta serta para sukarelawan DevCon.

Juga terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan MaGIC atas sokongan menyediakan tempat acara serta menaja makan tengah hari peserta.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.