MDEC membuka tawaran #mydigitalmaker Champion School

#mydigitalmaker Movement merupakan satu inisiatif kerajaan menerusi MDEC untuk menyediakan pelajar dengan keperluan industri 4.0.

Saya mengikuti perkembangan projek ini sejak terlibat sama dalam projek DigitalTech@School pada 2015. Ternyata apa yang dilakukan oleh MDEC merupakan satu usaha yang sangat serius dan terancang.

Untuk 2018, MDEC menawarkan kepada sekolah-sekolah Malaysia (rendah dan menengah) untuk memohon program #digitalmaker Champion School.

Apa itu #digitalmaker Champion School?. Lihat maklumat dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini.

Menariknya, sekolah anda akan memperolehi sebuah Digital Maker Hub yang terdiri daripada ruang kreatif untuk pelajar anda menghasilkan inovasi digital.

Untuk tawaran ini 20 buah sekolah akan dipilih berdasarkan kelayakan.

Untuk memohon, sila lengkapkan kertas kerja di https://goo.gl/KQTD4i dan hantar ke email farahusna.tambi[at]mdec.com.my sebelum 12 Mac 2018.

Sumber: Laman Facebook #mydigitalmaker

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.