The New iPad dilancarkan, dengan harga lebih rendah

Berita baik buat para pendidik yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran Apple. Pihak Apple semalam dengan rasminya melancarkan peranti iPad baharu mengantikan iPad Air 2. Produk ini dijenamakan semula dengan hanya nama ‘iPad’ untuk tidak mengelirukan pengguna pada masa hadapan.

iPad baru  ini dijana menggunakan pemprosesan A9 sepertimana yang ditawarkan pada iPhone 6S dan SE. Paparan masih lagi 9.7 inci pada resolusi 2048×1526 pixel. Kamera juga dikekalkan 8MP untuk belakang dan 1.2 MP untuk hadapan.

Dua kapasiti simpanan ditawarkan iaitu 32G dan 128G, ini bermakna tiada lagi versi 16G. iPad ini juga lebih tebal dan sedikit berat daripada model terdahulu, mungkin berpunca daripada penambahan kapasiti bateri untuknya mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan.

Versi Wi-Fi 32G dijual pada harga RM1,549 manakala versi WiFi 128G ditawarkan pada harga RM1,999. Model dengan sokongan selular 32G pula dijual pada harga RM2,199 manakala versi selular 128G dijual pada harga RM2,649.

Untuk para pendidik, seperti sebelum ini, anda berpeluang mendapatkan harga lebih istimewa daripada Apple.

Secara keseluruhannya iPad baru ini tidak membawakan perubahan besar dari segi teknologi mahupun rekebentuk. Kejatuhan jualan komputer tablet kebelakangan ini menyebabkan Apple menawarkan harga yang lebih menarik.

Apple juga sedang rancak mempromosikan penggunakan tablet untuk digunakan dalam pembelajaran di kelas dengan pelbagai inisiatif. Secara peribadinya, saya merasakan iPad merupakan peranti tablet terbaik, dengan sokongan perisian yang berterusan.

Ianya ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan berbanding pesaingnya. Adakah ini masanya untuk anda memiliki peranti ini? Tepuk dada tanya selera.

Banding model iPad

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.