Pengguna iPhone selain 11/11 Pro, boleh guna app ni untuk ‘night mood’ yang mengancam

Sedang berjalan balik dari MAYA Shopping Mall di Chiang Mai, dalam hati bercakap bagus juga kalau ada iPhone 11/11Pro, ciri night mood tu boleh ambil gambar malam cantik le sikit. Tapi pengguna iPhone 7 Plus macam cheq rasanya belum berbaloi lg untuk jump ke 11/11Pro. Tunggu iPhone 12 kot, inshaallah kalau ada modal.

Tiba di satu perhentian terdetik untuk menjenguk kumpulan Telegram cikgu-cikgu pengguna Apple. Macam kebetulan, Cikgu Sho (follow beliau di Twitter), sahabat cheq berkongsi tawaran diskaun app NeuralCam kat sana. Hujung tahun ni NeuralCam buat promo dengan potongan harga sebanyak 40%.  Haa.. tunggu apa lagi.

Siap beli dan pasang terus cuba ambil beberapa gambar objek sekeliling dalam keadaan kurang pencahayaan (low lighting). Hasilnya memang terbaiklah. Sampel gambar tu cheq ada kongsi kongsi di Twitter cheq, ha. Twitter rasmi NeuralCam siap retweet lagi tweet cheq, haha. Jangan lupa follow cheq noh.

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.