Office Lens – Imbas dokumen fizikal kepada digital

Sebagai pendidik, aplikasi mobile Office Lens merupakan satu aplikasi yang boleh dipertimbangkan penggunaan untuk kegunaan di tempat kerja anda.

Perisian ini membolehkan anda mengambil gambar dokumen fizikal dan aplikasi ini akan menukarkan kepada bentuk dokumen atau imej digital. Ia memudahkan anda mengambil sebarang nota penting dari paparan slaid persembahan atau sebarang papan kenyataan untuk dikongsikan.

Dengan teknologi OCR ia juga mampu mengimbas teks dan anda boleh melakukan suntingan pada Word dan Powerpoint. Ia juga dapat disimpan terus ke Onenote atau Onedrive anda. Dibina untuk WP ia juga kini ditawarkan kepada pengguna iOS dan Android. Satu aplikasi yang harus anda cuba dan saya yakin anda pasti sukakannya.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.