Padlet memperkenalkan Backchannel, kolaborasi dengan ciri seperti aplikasi permesejan

Jika pada awal tahun lepas Padlet memperkenalkan beberapa cara baharu untuk mencatat pada kanvas, awal tahun ini diperkenalkan satu lagi cara menerusi format yang dinamakan sebagai Backchannel.

Backchannel membenarkan halaman kanvas berfungsi seperti paparan pada aplikasi permesejan yang seringkali kita gunakan. Ia membolehkan teks dan juga media dikongsikan secara kronologi.

Padlet menegaskan format terbaru ini bukanlah untuk mewujudkan satu lagi aplikasi permesejan. Tetapi, ia merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar berkolaborasi berkongsi idea, bersembang dan bersoal jawab.

Ini kerana antaramuka yang digunakan diinspirasi dari aplikasi permesejan yang kita gunakan seharian. Mereka menyatakan kaedah suapan (feeds) sebelum ini jarang mendapat reaksi pengguna. Oleh itu, mereka mereka bentuk antaramuka yang mungkin akan mengubah kelakuan pengguna.

Little differences in user interfaces change our behavior in big ways. – Padlet Team

Backchannel sperti juga halaman kanvas Padlet lain yang membolehkan ianya ditukar kepada format lain, eksport dalam bentuk PDF, embed di blog, web atau LMS serta pelbagai lagi.

Saya melihat fungsi ini dapat digunakan dengan berkesan dalam perbincangan idea dalam sesuatu projek yang bersifat jangka pendek atau perbincangan bagi satu sesi kelas.  

Backchannel boleh didapati dalam versi web, Chromebook app, iOS app, dan Android app. Sila kemaskini aplikasi anda untuk menikmati fungsi ini.

Padlet dalam proses menambahbaik fungsi ini dan meminta anda memberikan maklumbalas ke hello@padlet.com atau tweet di @padlet

Sumber: Padlet Blog

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.