Jika anda menganggap anda mahu menggunakan Twitter sepertimana Facebook, bermakna anda telah tersilap. Twitter mempunyai keunikan yang tersendiri yang berlainan dengan media sosial lain. Ia memerlukan anda mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri. Twitter pada mingu lepas, melaporkan yang mana jumlah pengunjung mereka telah meningkat sebanyak 24% berbanding sebelum pandemik dengan pengguna aktif kini seramai …

Apa yang saya suka mengenai Apple adalah komitmen mereka yang bukan sahaja menyediakan OS dengan ekosistem terbaik, namun menawarkan juga app-app kreatif percuma untuk pengguna. Boleh dikatakan iMovie merupakan aplikasi peranti pintar kegemaran saya sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Ianya mudah digunakan untuk menghasilkan video-video yang berbentuk santai juga. Apabila ramai pendidik sudah mula menghasilkan …

Hai semua, catatan ini akan disiarkan dalam tiga bahagian iaitu (1) enam sebab mengapa perlu belajar Robotik, (2) cadangan kit Robot yang sesuai serta dimana nak beli di musim PKP ini, dan (3) dimana nak belajar Robotik?. Robotik merupakan satu bidang kejuruteraan yang menjadi trend sejak era 90-an lagi. Memasuki fasa pertengahan Revolusi Perindustrian ke-4 (IR4.0) peranan …

Pagi tadi saya menyiarkan satu catatan di Facebook Cikgu Siber untuk mendapatkan pandangan daripada para guru mengenai aplikasi WhatsApp dan Telegram. WhatsApp dan Telegram merupakan dua aplikasi permesejan yang sangat popular kini dan sangat aktif digunakan oleh para warga pendidikan di Malaysia dan seluruh dunia. Saya ingin meninjau apakah perkara positif dan juga negatif penggunaan …

Saluran Youtube Cikgu Siber akan menyiarkan satu siri ‘Dimana nak belajar?’ bersama Cikgu Razif untuk 12 episod kepada pada pelajar dan sesuai juga untuk diikuti oleh para guru. Siri ini akan menerangkan mengenai 12 sumber pembelajaran dalam talian yang pelajar boleh ikuti untuk belajar. Sesi pertama dimulakan dengan satu sumber pembelajaran yang menarik menerusi klip …

Origami merupakan satu seni lipatan kertas yang bermula di Jepun sejak kurun ke-16. Perkataan ‘ori’ bermaksud ‘lipatan’, ‘kami’ pula bermaksud ‘kertas’. Sebutan ‘kami’ bertukar kepada ‘gami’ kerana mengalami rendaku dalam evolusi sistem bahasa Jepun. Ramai yang tidak tahu sebenarnya seni origami terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya, origami aksi, origami modular, origami ‘wet-folding’, origami Pureland, ‘origami tessellations’ dan …

Menurut portal Oberlo, TikTok merupakan aplikasi media sosial yang paling banyak dimuat turun di App Store dan ke-tiga di Play Store dengan jumlah keseluruhan sebanyak lebih 1.5 bilion kali muat turun. Datareportal pula melaporkan pada Januari 2020 seramai 800 juta pengguna aktif dicatatkan menerusi TikTok. Statistik ini menunjukkan populariti aplikasi sosial ini dalam kalangan masyarakat dunia. …

Dalam tempoh PKP COVID-19 ini, kebanyakkan kita banyak bergantung kepada aplikasi digital untuk pembelajaran. PKP ini juga menyaksikan kes ancaman siber juga meningkat. Sepertimana ulasan dalam catatan saya berkenaan isu Zoom yang lalu, setiap aplikasi hanya terdiri dari ribuan kod yang sentiasa terdedah dengan pelbagai bentuk ancaman pergodaman. Aktiviti pengodaman terhadap sistem web tertentu sentiasa …

Youtube merupakan satu sumber pembelajaran berasaskan video yang amat penting terutamanya ketika mana kita masih #dudukdiamdiam di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Hari ini bekas Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik berkongsi di Twitter mengenai satu pautan laman blog yang memaparkan pautan 60 saluran Youtube yang menarik untuk pembelajaran. Blog yang menggunakan platform …