Apa itu SSQS? SSQS atau Smart School Qualification Standard merupakan sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Ianya telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien pada 24 April 2007. Tujuan pelaksanaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT yang pada awalnya digunapakai di 88 buah Sekolah Bestari dan kini diperluaskan …

Klip animasi memberi kesan yang mendalam kepada impak pembelajaran. Ianya dapat memaparkan imej serta pergerakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu maksud.  Ia juga menjadikan pembelajaran suatu yang menghiburkan dan diingati. Powtoon merupakan satu aplikasi persembahan bersasaskan web yang membenarkan anda membina animasi menerusinya. Powtoon merupakan cara baru membina persembahan slaid yang sebelum ini didominasi …

Scratch merupakan satu perisian aplikasi untuk memahami jujukan arahan dalam pengaturcaraan. Ianya bakal menjadi popular selepas ini dengan pengenalan program Asas Sains Komputer pada 2017 di seluruh sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Scratch membolehkan pelajar membina cerita animasi serta  permainan mudah. Ia juga menyokong asas untuk kawalan aturcara ke peranti berhubung (IoT) seperti Raspberry …

Saya mengakui amat lemah dalam ‘ilmu hisab’. Untuk menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan guru semasa zaman muda remaja amat ‘melemaskan’. Untuk masalah matematik yang sukar, yang mana rakan saya yang mahir pun gagal menyelesaikan, ianya amat menggangu ketenangan jiwa. Minat terhadap matematik berkurangan, kesannya, sewaktu SPM saya hanya menjawab hanya 1 soalan Matematik …

“Setiap rakyat negara ini harus belajar bagaimana untuk memprogram komputer, kerana ianya mengajar kita bagaimana cara untuk berfikir”. – Steve Jobs Petikan diatas merupakan pesanan Steve Jobs kepada rakyat Amerika Syarikat sebelum beliau meninggalkan alam fana. Pembelajaran ilmu sains komputer kini menjadi suatu yang penting kerana dunia kini berkisar dengan domain literasi teknologi dan pengurusan …

Saya terlepas bengkel kerja VLE peringkat negeri  pada tahun ini atas masalah kesihatan anak bongsu. Saya wakilkan rakan saya untuk menyertai progam tersebut. Menurut beliau, antara perkara menarik yang dikongsi dalam program tersebut adalah sebuah aplikasi web Kahoot! oleh Cikgu Adilah. Kahoot! merupakan satu aplikasi kuiz interaktif secara masa-nyata (real-time) untuk menjadikan sesebuah kelas lebih menarik. …

Cita-cita saya sewaktu di sekolah menengah adalah menjadi seorang perekabentuk grafik profesional. Buktinya tercatat pada majalah sekolah keluaran 2003. Setelah ke tingkatan 6 dalam jurusan Computing cita-cita saya dirombak semula, saya berharap untuk menjadi seorang pengarah filem yang barjaya, haha.. Namun, saya bertuah kerana selaku guru saya masih lagi boleh menjadi sesiapa sahaja. Harapan saya …

Saya menyukai beberapa aplikasi dan permainan di Android yang mana ianya tidak ditawarkan di iOS mahupun untuk pengguna Windows. Samsung Galaxy Note (generasi pertama) yang saya miliki tidak lagi disokong dengan kemaskinian Android terkini. BlueStacks merupakan satu perisian emulator yang membenarkan anda menjalankan perisian atau aplikasi  Android di atas platform Windows mahupun Mac. Anda hanya …

Dalam pencerapan kelas Bahasa inggeris oleh SICS+ daerah. saya menaplikasikan satu alat pembelajaran kolaborasi berkumpulan Popplet kepada pelajar tingkatan 4 Sains Sosial. Dalam 2 waktu pengajaran tersebut saya membawa tajuk Essay Writing – Digital Education dengan membimbing pelajar melakukan Brainstorming dan  mengumpul maklumat dari Internet sebelum menulis karangan. Menggunakan Popplet, cara pengumpulan data diuruskan secara kolaborasi antara beberapa kumpulan. Setiap pelajar akan mendaftar …

Untuk ibu bapa anda boleh menggunakan nombor kad pengenalan anak anda untuk menyemak slip keputusan peperiksaan dalaman seperti Ujian Selaras, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS. Dibawah ditunjukkan bagaimana cara untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anda. 1. Layari https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2 2. Masukan nombor kad pengenalan anak anda. Pilih …