Raspberry Pi digunakan dalam bilik darjah untuk mengajar pengaturcaraan, inovasi dan rekacipta. Raspberry Pi merupakan papan induk komputer tunggal sebesar kad pengenalan yang berperanan sebagai sistem kawalan pemprosesan. Ianya terdiri daripada papan litar dilengkapi cip pemprosesan, port input, port output, ingatan rawak (RAM) dan juga sokongan slot untuk simpanan data. Tujuan utama pengenalan produk dari  Raspberry …

Kreativiti dan inovasi sebenarnya mampu mengubah dunia. Perkongsian hari ini sebuah hasil kejuruteraan yang inovatif daripada pereka hebat Takaharu Tezuka yang mana telah mereka konsep dan binaan sebuah tadika yang benar-benar memahami apa itu kanak-kanak. Mereka membina tadika di Tokyo berkonsepkan schools centered on trees, dilengkapi taman permainan dengan jalinan kayu serta hospital dengan ciri …

Pagi tadi berlangsungnya bengkel pengenalan 3D printing daripada imakerzone dan RICOH Malaysia di sekolah saya SMK Sultan Tajul Ariffin, Perak. Bengkel ringkas tajaan MDeC ini sekadar memberi pendedahan umum kepada pelajar mengenai inovasi dunia cetakan 3 dimensi dan kepentingannya dalam dunia masa kini. Cetakan 3D menjadi satu standard dalam industri sekian lama dan ia kini hadir dengan tawaran …

Minecraft merupakan satu permainan video yang popular dengan gaya ‘retro’ dan mempunyai misi permainan yang menarik. Ianya telah beralih tangan daripada pembangun Mojang kepada Microsoft Inc (menerusi Microsoft Studios) dengan nilai sebanyak USD2.5 bilion. Terkini, pihak Code.org telah berkerjasama dengan Microsoft untuk menggunakan watak dalam permainan Minecraft  ke dalam set pembelajaran pengaturcaraan mereka. Sebelum ini Code.org membawakan beberapa watak …

Dalam proses membina sesebuah permainan komputer, beberapa kemahiran dan proses berfikir diaplikasikan. Ianya meliputi set kemahiran berfikir secara kritis melalui penyelesaian masalah serta aplikasi daya kreativiti, seni dan literasi digital. Kemahiran ini amat penting dalam cabaran dunia perniagaan dan kerjaya dalam abad ke-21. Gamestar Mechanic diperkenalkan untuk melatih pelajar peringkat permulaan untuk memahami prinsip disebalik …

Kami pernah menyiarkan tawaran dari Breakthrough Prize dengan hadiah tajaan biasiswa sebanyak USD250,000 iaitu lebih RM1 juta (dalam kadar tukaran semasa) dalam cabaran yang diberi nama Breakthrough Junior Challenge. Pada 8 November lalu, mereka mengumumkan pemenangnya iaitu Ryan Chester dari USA yang berusia 18 tahun. Beliau terpilih dari 15 finalist yang disenarai pendek dari 2000 penyertaan dari seluruh …

Setelah dua minggu saya mendaftar minat untuk mencuba aplikasi Dropbox Paper, akhirnya pada hari ini saya menerima email yang membenarkan saya menggunakan versi Beta. Dropbox Paper yang dilancarkan pada minggu lepas telah memperkenalkan kumpulan kerja yang menyokong fungsi halaman alat pejabat secara kolaborasi. Dropbox Paper Docs boleh diibaratkan seperti Docs pada Google tetapi mempunyai ciri-ciri tambahan kolaboratif …

Dr Ruzaimi banyak berkongsi teknik dan kaedah lakaran melalui blog beliau di http://freedrawinglesson.blogspot.my. Disini lebih 800 video dikongsikan untuk anda belajar menajamkan kemahiran anda dalam senilukis. Freedrawinglesson diasaskan oleh  Dr. Ruzaimi Mat Rani, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Kreatif Multimedia) dari Universiti Multimedia (MMU), dan Ijazah Sarjana Senibina Landskap dari Edinburgh College of Art (ECA), Universiti …

Para jurulatih utama dari PKG Pengerang Kota Tinggi berkongsikan cara bagaimana untuk mendaftar langganan percuma aplikasi Office 365 daripada Microsoft menggunakan Yes ID yang dibekalkan untuk projek 1BestariNet. Office 365 merupakan satu pakej langganan bulanan atau tahunan beberapa aplikasi pejabat terkenal Microsoft seperti Word, Excel dan Powerpoint disertakan intergrasi simpanan secara cloud serta beberapa aplikasi tambahan …

Pada 1-10 Oktober akan berlangsungnya satu mini pertandingan  (jemputan) Beaver Computational Thinking Competition kepada sekolah-sekolah rintis Digital Tech @ Schools (DT@S). Untuk pengetahuan program DT@S ini merupakan satu projek rintis melibatkan 24 buah sekolah di seluruh negara dalam usaha merombak semula persekitaran pendidikan sedia ada serta memantapkan literasi digital pelajar.  Pertandingan inisitif MDeC serta KPM ini menggunakan …