Video ini diterbitkan pada 2013, dimana presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama menggalakan generasi muda Amerika untuk belajar Sains Komputer menerusi kempen Code.org. Menurut beliau, komputer akan menjadi sebahagian besar daripada masa hadapan. Perlukah Malaysia mengambil serius mengenai budaya pencipta serta skill-skill yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan? Kongsi pendapat anda.  

Sebagai pendidik, aplikasi mobile Office Lens merupakan satu aplikasi yang boleh dipertimbangkan penggunaan untuk kegunaan di tempat kerja anda. Perisian ini membolehkan anda mengambil gambar dokumen fizikal dan aplikasi ini akan menukarkan kepada bentuk dokumen atau imej digital. Ia memudahkan anda mengambil sebarang nota penting dari paparan slaid persembahan atau sebarang papan kenyataan untuk dikongsikan. …

Flipped Classroom merupakan satu pendekatan pembelajaran yang diperkenalkan dengan memberi pendedahan kepada pelajar terlebih dahulu (diluar kelas) sebelum sesuatu pembelajaran diajarkan. Ini bermakna pelajar akan melakukan aktiviti aras rendah dahulu (melalui bacaan dan sebagainya) sebelum fokus diberikan kepada pemikiran aras tinggi seperti analisis dan sistesis di dalam bilik darjah. Satu huraian padat dari Cynthia J. …

Untuk menghasilkan bahan pengajaran  berbantukan komputer, kadangkala anda memerlukan perisian untuk merakam aktiviti skrin atau melakukan screenshot untuk penerbitan video tutorial dan sebagainya. Monosnap merupakan satu perisian yang mudah, ringan dan ringkas dan yang penting percuma. Cuba Monosnap anda sekarang! Muat turun MONOSNAP

Jika anda seorang guru bahasa, aplikasi ini penting bagi anda terutamanya untuk bahagian bertutur. Vocaroo menawarkan perkhidmatan merekod suara dalam talian. Anda boleh terus ke website untuk rakaman atau boleh memasang kod widget pada laman web anda.  Ianya sangat ringkas dan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada anda disaat anda perlukan. Layari http://vocaroo.com  

Microsoft Powerpoint merupakan aplikasi slaid persembahan yang paling popular digunakan di dunia. Menggunakan perisian aplikasi ini sejak dari tingkatan satu lagi, cara perisian ini beroperasi masih lagi sama dan tiada ciri-ciri baru yang drastik diperkenalkan. Bosan dengannya, pernah juga saya menggunakan Flash untuk menghasilkan persembahan, namun ianya bukan mudah untuk menghasilkan persembahan yang memuaskan hati. …

Sahabat saya, Cikgu Halimhusairy telah menggunakan aplikasi Teacherkit di peranti miliknya untuk menguruskan segala hal berkaitan kelas. Saya melihat Teacherkit merupakan satu aplikasi yang matang dan sentiasa dikemaskini dengan ciri-ciri yang membantu para guru. Melalui perkongsian Cikgu Halimhusairy tadi, berikut merupakan serba mengenai aplikasi ini. Pengurusan kelas Melalui aplikasi ini, anda boleh memasukkan data seberapa banyak kelas …

Bahagian 2 – Pemilihan alat rakaman Bahagian kedua akan membincangkan secara ringkas mengenai peralatan rakaman yang mungkin boleh digunakan untuk rakaman. Teruskan bacaan kome yek. Alat Rakaman. Apakah pilihan anda? Adakah anda perlukan set kamera rakaman seperti set George Lucas untuk  menghasilkan rakaman yang berkualiti? Sudah tentu tidak. Untuk videografi pelajar, anda bebas menggunakan sebarang …

Bahagian 1 – Pengenalan & Asas Penulisan Papan Cerita Hadiah RM10,000 dan peranti Apple iPhone merupakan satu impian bagi peserta yang menyertai Liga Remaja Kreatif 2015. Dalam penganjuran kali ini, terdapat sedikit kelainan format dimana johan peringkat negeri akan perlu menghasilkan naskah kedua untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Atas sebab itulah liga pada pada tahun …

Padlet bukanlah satu aplikasi baru, saya sendiri telah menggunakan sejak tahun 2013 lagi. Ia merupakan satu aplikasi pembangunan kandungan web boleh kostumasi berasaskan teknologi HTML5. Padlet boleh digunakan sebagai satu teknologi yang menyeronokkan di dalam kelas anda. Pelajar mungkin boleh menggunakan aplikasi ini untuk kurasi kandungan, berkolaborasi, dan juga melakukan showcase bagi sesuatu projek, kerja kursus …