Ingin belajar GarageBand? Ini buku panduan asas untuk anda

Pembelian peranti Apple seperti iPhone, iPad atau Mac membolehkan anda menikmati pelbagai aplikasi yang dibangunkan mereka secara percuma. Salah satunya adalah GarageBand. Berminat untuk belajar menggunakan aplikasi ini? Teruskan bacaan anda.

25 tahun GarageBand

Tahun lepas GarageBand menyambut ulang tahunnya yang ke-25. Saya amat bertuah apabila diberi kesempatan untuk menyertai satu bengkel yang dikendalikan sendiri oleh ‘orang kuat’ pasukan pembangunan GarageBand dalam satu acara anjuran Apple di Gold Coast pada Julai lalu.

Bagi yang belum mengenali GarageBand, ia merupakan satu aplikasi untuk menghasilkan muzik digital serta kandungan podcast. GarageBand pada awalnya dibangunkan pada peranti Mac sahaja. Namun, pada 2 Mac 2011, Apple mengumumkan app GarageBand hadir untuk iPad.

GarageBand untuk iPad ditawarkan pada harga USD6.99 di App Store. Mulai 2017, app kreatif ini diberikan secara percuma. Selain pada iPad, GarageBand juga boleh dimuat turun menerusi peranti yang menjalankan iOS seperti iPhone dan iPod Touch.

Belajar GarageBand Pada iPad

Di Malaysia terdapat beberapa sekolah seperti MRSM dan SBP yang menganjurkan pertandingan muzik digital menggunakan aplikasi GarageBand. Ini menunjukkan populariti app ini dalam kalangan pelajar. Bagaimana untuk bermula jika saya tiada kemahiran untuk mengendalikan app ini?

Sebenarnya, anda tidak memerlukan kemahiran yang terlalu tinggi untuk mempelajari GarageBand. Apple menyediakan satu siri panduan Everyone Can Create untuk membimbing para pengguna untuk menghasilkan karya pertama mereka menggunakan aplikasi ini.

Muat turun di Apple Books

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.