Muat turun ebook percuma ‘The Educator’s Guide to Flipgrid’

Jun tahun lepas, Microsoft mengumumkan pengambil alihan Flipgrid sebagai salah satu usaha memperkasa tawaran produk mereka untuk pendidikan. Kini Flipgrid ditawarkan secara percuma sepenuhnya.

“We’re diligently committed to making sure their platform and products continue to work across the Microsoft, Google and partner ecosystems to benefit students and teachers everywhere.”-Eran Megiddo, corporate vice president for Microsoft

Flipgrid merupakan aplikasi pembelajaran berasaskan video klip kustomasi yang berkembang dengan pesat dengan mencatatkan lebih 20 juta pengguna semasa proses pengambil alihan.

Untuk makluman, Flipgrid dibangunkan pada 2015 oleh Jim Leslie. Flipgrid yang bersaing dengan VoiceThread ini menjadi fenomena di media sosial dengan #flipgridfever.

Dua pendidik, Karly Moura dan Sean Fahey berkerjasama menerbitkan satu panduan iaitu The Educator’s Guide to Flipgrid kepada para pendidik secara percuma. Dapatkan salinan anda dengan muat turun pada pautan dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.