Apple menerbitkan panduan guru Everyone Can Create untuk pendidikan awal kanak-kanak

Everyone Can Create merupakan satu kurikulum khas yang dibangunkan Apple untuk pembelajaran kreativiti. Untuk itu mereka menerbitkan  empat buku khas serta satu panduan guru di Apple Books.

Hari ini Apple mengumumkan satu lagi panduan guru untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ianya dikhususkan untuk pelajar yang berumur dalam lingkungan 4 sehingga 8 tahun.

Walaupun untuk guru, panduan ini juga boleh dimanfaatkan untuk ibu bapa untuk membimbing sendiri anak anak mereka. Untuk itu sebuah iPad diperlukan.

Menurut Apple, panduan ini direka bentuk untuk guru mengintegrasi kemahiran-kemahiran kreatif kedalam topik atau subjek yang mereka kendalikan seharian.

Panduan ini menyediakan belasan idea untuk guru menjalankan projek lakaran, muzik, video dan fotografi ke dalam lima area kurikulum iaitu matematik, literasi dan kesasteraan, sejarah dan pengajian sosial, sains serta pengekodan.

Panduan ini boleh didapati secara percuma di Apple Store mulai hari ini.

Muat turun (Apple Books)

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.