Dunia yang semakin terbuka serta mudahnya akses kepada Intenet mendedahkan anak-anak serta pelajar kita kepada pelbagai ancaman disana.
Mereka juga perlu dididik untuk menjadi warganegara digital yang baik. Rasa bertanggungjawab perlu diterapkan agar mereka sentiasa menjaga etika ketika berkomunikasi atau berkongsi.
Hari ini di Dad 2.0 Summit (San Antanio, Taxas, USA), Google for Education berkongsi satu sumber panduan keselamatan Internet menerusi inisiatif Be Internet Awesome.
Panduan ini menyediakan tips untuk memastikan anda sekeluarga sentiasa selamat dan beretika di atas talian. Lima kod etika yang dikenali sebagai ‘The Internet Code of Awesome’ digariskan.
Menariknya mereka menyediakan satu permainan untuk kanak-kanak iaitu Interland bagi mendidik mereka agar sentiasa pintar dan berwaspada sentiasa.
Be Internet Awesome oleh Google
🎟️Grab your tickets, we're going for a ride! Join in on the #BeInternetAwesome Carnival at the @dad2summit and explore the five pillars of the Internet Code of Awesome. Share the awesomeness with your family today → https://t.co/xunbx5TfUY pic.twitter.com/iGQ9FFuHZr
— Google For Education (@GoogleForEdu) February 23, 2019
Comments have been closed/disabled for this content.