Panduan pembelian produk Apple di MacRumors Buyer’s Guide

Tidak seperti pengeluar lain, Apple tidak pernah menurunkan harga jualannya apabila mendekati penghujung kitaran. Mungkin sebab itulah nilai jualan peranti terpakai berjenama Apple sentiasa tinggi.

Saya membeli iPad Pro generasi pertama tika mana iPad Pro generasi ke-dua lagi dua bulan hendak dilancarkan. Tentu anda pernah mengalami rasa penyesalan seperti ini dalam kehidupan. #silamenangis.

Menunggu satu atau dua bulan bagi saya lebih berbaloi berbanding membeli secara terburu-buru. Maklumlah dulu tiada pengetahuan mengenai ‘kitaran hidup’ produk-produk Apple.

Panduan Pembelian Produk Apple

MacRumors merupakan satu blog infomasi mengenai perkembangan semasa teknologi, jangkaan serta rumor (khabar angin) bagi produk-produk dan perkhidmatan keluaran Apple. Selain laporan berita, mereka memperkenalkan satu panduan khas pembelian iaitu MacRumors Buyer’s Guide.

MacRumors Buyer’s Guide menyediakan maklumat yang anda perlukan sebelum melakukan sesuatu pembelian. Ianya merangkumi kemaskini kesemua produk utama Apple serta aksesori yang ditawarkan. Saranan yang diberikan adalah berdasarkan paten tarikh pelancaran serta jangkaan berdasarkan ‘risikan’.

Saranan yang diberikan hanya jangkaan dan tidak menjamin ketepatan purata ’kitar hidup’. Kebijaksanaan anda membaca data amat diperlukan untuk membuat keputusan.

Saya pasti Apple sudah tentu tidak menyukai cara mereka meletakan saranan sama ada ‘Buy Now’, ‘Neutral’, ‘Caution‘ ataupun ‘Don’t Buy’. Namun, bagi pihak pengguna ianya boleh membantu supaya anda tidak menyesal seperti saya kelak.

Selain ‘Buyer’s Guide‘, MacRumors juga memperkenalkan ‘Products Roundup‘ untuk pembaca mengetahui perkembangan terkini pembangunan produk-produk Apple yang masih belum dilancarkan. Satu sumber yang sangat menarik bagi guru-guru peminat produk Apple.

MacRumors Buyer’s Guide

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.