Memulakan kelas iPad – dapatkan panduan teknikal ini

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, iPad diterima sebagai peranti pilihan sekolah-sekolah di Malaysia. Namun, di luar negara, iPad telah lama digunakan.

Apple Education di Malaysia dilihat sangat aktif mempromosi inisiatif  iPad untuk kreativiti di sekolah. Mereka menawarkan 2 kurikulum khas yang lengkap iaitu Everyone Can Code dan Everyone Can Create.

Terdapat lebih 20 sekolah awam di Malaysia sedang bersedia untuk Apple Distinguished Schools, sebuah program pengiktirafan sepertimana Google Reference Schools dan Microsoft Showcase Schools.

Saya melihat iPad merupakan peranti terbaik kerana Apple menyediakan satu ekosisistem lengkap perisian untuk pembelajaran. Ia ditawarkan secara percuma kepada setiap pembelian iPad.

iPad boleh digunakan dalam jangka masa yang lama berbanding pesaing. Apple menyokong sehingga 5-6 tahun dengan menyediakan kemaskini penambahbaikan perisian dengan ciri-ciri terkini serta keselamatan.

Lazimnya, sekolah akan mengamalkan dua kaedah. Pertama sekolah menyediakan peranti ditempatkan di bilik khas dan kedua pelajar membawa sendiri peranti.

Bagi kaedah pertama, lazimnya iPad milik sekolah akan dipasang dengan Mobile Device Management (MDM) sebelum peranti-peranti ini sedia digunakan oleh pelajar.

Sistem ini akan membantu pihak pentadbir IT melakukan tetapan mula, pemulihan, kawalan, tapisan dan pengesanan. MDM sangat-sangat diperlukan untuk mentadbir iPad yang banyak.

Oleh itu, Apple menyediakan 2 rujukan penting untuk anda melakukan proses mula setelah kotak iPad dibuka.

1. iOS Deployment Reference 

2. Education Deployment Guide 

Panduan ini keluarkan untuk sistem pengoperasian iOS 11. Namun, memandangkan iOS12 (versi terkini iOS) hampir menyerupai iOS 11, ianya masih boleh digunakan.

Panduan ini akan membantu petadbir IT untuk melakukan tetapan mula, mengintegrasi MDM serta mereka bentuk ekosistem terbaik untuk pembelajaran di sekolah.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.