Microsoft menyediakan panduan untuk anda tingkatkan prestasi Windows 10

Teknologi perisian amat rumit. Ia seringkali terdedah kepada pelbagai ancaman seperti aktiviti penggodaman serta serangan perisian hasad seperti virus, spyware dan adware.

Sistem keselamatan komputer yang kurang kental membuatkan komputer anda mudah diserang. Kesannya, prestasi komputer anda merosot lantas menjejaskan produktiviti kerja anda.

Perkara pertama yang saya lakukan apabila berkhidmat selaku Guru Penyelaras Bestari (GPB) di MCKK adalah dengan menganjurkan satu bengkel khas untuk meningkatkan prestasi peranti para guru.

Masih ingat lagi seorang guru menyatakan betapa gembirannya beliau setelah sekian lama tertekan dengan prestasi peranti yang semakin perlahan. Niatnya hendak format semula, namun beliau risau akan keselamatan data di dalamnya.

Guru-guru semasa bengkel melakukan sendiri kerja-kerja penyelengaraan perisian secara hands-on. Secara purata, dianggarkan prestasi komputer atau laptop guru-guru ini dapat dipertingkatkan sehingga 30%.

Jika anda seorang GPB, inisiatif yang sama mungkin boleh dilaksanakan di sekolah anda secara tahunan atau dwitahunan disamping anda dapat menerapkan juga aspek kesedaran terhadap keselamatan siber.

Tingkatkan prestasi peranti yang menjalankan Windows 10

Bagitu banyak faktor yang menyebabkan perisian pada peranti mengalami kemerosotan prestasi. Selain serangan perisian hasad, perisian utama yang tidak dioptimasi dengan baik juga menjadi punca utama.

Microsoft menerusi halaman Windows Support menawarkan panduan kepada pengguna peranti yang menjalankan perisian pengoperasian Windows 10 untuk meningkatkan prestasi peranti mereka. Mari kita lihat dan cuba sendiri tutorial yang disediakan.

Windows Support - Tips Windows 10

Sumber gambar: Freepik

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.