Pendidik yang baru bermula untuk Twitter, ini panduan untuk anda

Jika anda menganggap anda mahu menggunakan Twitter sepertimana Facebook, bermakna anda telah tersilap. Twitter mempunyai keunikan yang tersendiri yang berlainan dengan media sosial lain. Ia memerlukan anda mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri.

Twitter pada mingu lepas, melaporkan yang mana jumlah pengunjung mereka telah meningkat sebanyak 24% berbanding sebelum pandemik dengan pengguna aktif kini seramai 166 juta pengguna. Popularitinya juga semakin meningkat setiap tahun.

Twitter dalam pendidikan

Susulan catatan lalu bertajuk ‘6 sebab mengapa pendidik perlu Twitter pada 2020‘, ramai yang bertanyakan saya bagaimana untuk bermula setelah akaun dicipta. Ini kerana mereka masih keliru dengan cara bagaimana Twitter berfungsi.

Baik, ini panduan untuk anda Saya mempunyai dua akaun Twitter. Satu akaun peribadi iaitu Razif Razak yang saya gunakan untuk berkongsi idea dengan rakan-rakan pendidik dari luar negara, dan satu lagi akaun dengan nama Cikgu Siber.

Akaun Cikgu Siber saya wujudkan untuk mengikuti jenama-jenama bertemakan teknologi pendidikan serta inisiatif pendidikan dunia. Akaun ini tidak akan mengikuti akaun individu kecuali tokoh atau personaliti tertentu. Jadi, jangan marah noh kalau saya tak ‘follow back’.

Untuk bermula, saya sediakan tiga langkah mudah ini.

1. Pergi ke halaman profail Cikgu Siber dan lihat siapa yang saya ikuti.

Pada profail saya, tap pada ‘XXX Following‘ untuk melihat siapa yang saya ikuti.

Dah alang-alang singgah ke profail Cikgu Siber, jangan lupa untuk ikuti, tekan loceng dan pilih ‘All Tweets’ untuk notifikasi terkini dari saya.

2. Lihat senarai yang saya ikuti dan pilih akaun kegemaran anda.

Setelah butang ‘XXX Following‘ ditap, akan muncul paparan senarai akaun yang saya dah ikuti. Sila tatal kebawah untuk melihat mana-mana jenama yang anda berminat dengannya.

Saya mengikuti hampir 200 jenama, organisasi, media, inisiatif dan tokoh-tokoh atau personaliti penting. Jumlah ini akan semakin bertambah.

3. Pergi ke profail jenama tersebut, ikuti mereka seterusnya tekan butang loceng.

Sila ikuti mereka dengan tekan pada butang ‘Follow‘ dan tekan butan simbol loceng seperti pada petunjuk bernombor 4.

Setelah loceng ditekan akan muncul paparan seperti dibawah.
Sila pilih ‘All Tweets’ supaya setiap tweet yang disiarkan oleh akaun yang anda minati itu muncul dalam notifikasi telefon anda.

Seterusnya, kembali semula ke senarai akaun yang saya ikuti untuk anda mengikuti jenama-jenama lain. Bahagian seterusnya, nantikan tips-tips berguna Twitter untuk ada setelah mengikuti panduan ini.

Jika anda ke Twitter untuk belajar, jumlah followers sebenarnya tak penting, jangan sedih kalau followers tak ramai.. apa yang pentinh siapa ‘sifu’, mentor, personaliti, advokator, atau inisiatif pendidikan yang anda ikuti untuk anda mendapatkan ilmu dari perkongsian tweet mereka.

  • Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.