Apa yang bestnya Bengkel Inovasi PdPR DELIMa bersama Apple Professional Learning (APL) ni?

25 November sehingga 4 Disember akan berlangsungkan satu bengkel Bengkel Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan Apple Professional Learning (APL) di DELIMa anjuran Apple Professional Learning (APL) dengan kerjasama FPend, UKM dan DELIMa KPM.

Menariknya bengkel kali ini, ia menampilkan gabungan 12 pendidik yang telah diiktiraf oleh Apple seperti Apple Distinguished Educator (ADE) serta pendidik dengan persijilan Apple Professional Learning Provider (APLP),  Apple Professional Learning Specialist (APLS) dan Apple Teacher.

Mereka-mereka ini begitu aktif sepanjang PKP berkongsi kemahiran secara atas talian. Menerusi bengkel percuma ini, anak anda dan mungkin anda sebagai seorang pendidik dapat mengoptimumkan penggunaan iPad menerusi penggunaan aplikasi percuma yang ditawar bersamanya.

Simpan tarikh-tarikh dibawah untuk anda meningkatkan kemahiran dalam bidang kreatif. Pautan kelas juga disediakan pada poster.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.