10 perkara yang perlu anda ketahui sebelum melanggan pelan Jasa TM

Telekom Malaysia pada 13 Mac mengumumkan kerjasama strategiknya dengan pihak KPM, seterusnya menawarkan pelan khusus Unifi Mobile menyasarkan golongan pendidik.

Pelan ini dikenali dengan nama Jasa Pack. Nama ‘jasa’ dipilih mungkin untuk menghargai jasa serta pengorbanan para guru.

Menurut mereka tawaran ini adalah sebagai usaha TM menyokong dan membantu golongan pendidik khususnya guru-guru dalam mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang banyak terdapat di atas talian.

Pelan menarik ini ditawarkan kepada para guru seluruh negara, yang mana ia menawarkan pakej data tanpa had, panggilan tanpa had, dan SMS tanpa had pada harga langganan RM59 sebulan.

Sebelum itu, apa kata ketahui 10 perkara mengenai pakej ini.

1. 4. Pek Jasa ini ditawarkan dalam tempoh terhad sahaja, bermula dari 13 Mac hingga 31 Disember 2018.

2. Pelanggan juga akan berpeluang mendapat set telefon mudah-alih secara percuma, bagi perkhidmatan unifi Mobile yang diaktifkan dalam masa 30 hari, selagi stok masih ada.

3. Pakej dengan harga ini hanya ditawarkan dengan syarat anda melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM. Bagi pelanggan baru yang ingin melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM, pakej ini turut menawarkan produk Unifi LITE PLAN™, ADVANCE™ atau PRO™ bersama dengan Pek Jasa.

4. Semua guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Negeri (PPN) dan dimana-mana jabatan di bawah Kementerian Pendidikan yang bergred DG adalah layak memohon.

5. Untuk melanggan anda perlu kemukakan MyKad, surat pengakuan rasmi dengan “letterhead” dan cap dari Pengetua sekolah atau ketua jabatan dan kad staf.

6.Pakej ditawarkan tertakluk kepada kesediaan perkhidmatan dan dalam kawasan liputan. Untuk memastikan anda menikmati pakej jalur lebar ini, sila semak liputan ditempat anda di https://mobile.unifi.com.my/home/coverage

7. Jika anda ingin menggunakan telefon sebagai ‘personal hotspot, dengan Jasa Pack anda boleh menggunakan hotspot peribadi sebanyak 10 GB yang boleh digunakan di kawasan liputan 4G secara percuma. Anda boleh kongsi Wi-Fi anda sehingga maksima 5 peranti sahaja.

8. Apa akan terjadi kepada pakej pek sekiranya anda ingin menamatkan langganan unifi Home? Jangan risau, mereka mengatakan pelanggan boleh terus menikmati unifi Mobile kerana mereka sangat menghargai jasa guru-guru dalam mendidik anak-anak Malaysia.

9. Bayaran pendahuluan sebanyak RM106 (termasuk GST) perlu dibayar semasa pendaftaran dah akan ditolak dalam bil pertama anda apabila melanggan Pek Jasa.

10. Anda boleh menggunakan nombor sedia ada. Anda boleh memindahkan nombor pelan sekarang kepada Pek Jasa jika anda tidak mempunyai sebarang baki yang belum dijelaskan, tidak disenarai-hitamkan dan tidak lagi terikat dengan kontrak dengan pembekal perkhidmatan semasa.

Dapatkan maklumat lanjut di Laman Rasmi Pek Jasa

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.