Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menganjurkan pertandingan video pendek bagi mengumpul maklum balas daripada generasi muda negara mengenai aspirasi pendidikan pada masa hadapan ke arah pembangunan pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
KEMASKINI: Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan kepada 31 Januari 2018.
Tema pertandingan dan penerbitan video adalah “Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050”. Tujuan pertandingan ini juga adalah selaras dengan hasrat pembangunan dasar TN50 iaitu ‘Dibentuk Oleh Aspirasi Rakyat, Berpandu Sasaran Yang Jelas’.
Berikut adalah kategori-kategori penyertaan pertandingan:
1. Kategori 1: Tingkatan 1 hingga 3 (terbuka kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Berasrama Penuh)
2. Kategori 2: Tingkatan 4 hingga 6 (terbuka kepada Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan Kolej Matrikulasi)
3. Kategori 3: Institusi Pendidikan Guru Malaysia (Guru pelatih)
Ayuh sertai pertandingan ini dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti dron, kamera digital dan banyak lagi!Untuk maklumat lanjut:
- Muatnaik Video, klik http://wshe.es/ZhmQvJ5Y
- Terma dan Syarat, klik http://wshe.es/4UXOFfM4
- Hadiah Pertandingan, klik http://wshe.es/wmja3OlA
- Tema dan Tajuk, klik http://wshe.es/ouZ6cXep
Laman Facebook TN50videoMOE
Sumber gambar: Sekretariat Pertandingan Video TN50
Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk like laman Facebook kami.
Comments have been closed/disabled for this content.