Pelancaran MDEC My Digital Maker

Satu lagi acara penting pendidikan yang saya ingin sertai tahun ini adalah My Digital Maker. Ianya dijalankan dibawah inisiatif MDEC My Digital Movement.

Saya dijemput untuk menyertai pelancaran program tersebut yang disempurnakan oleh Perdana Menteri. Namun, oleh kerana perlu menguruskan majlis anugerah kecemerlangan sekolah, saya terpaksa memberi keutamaan kepada hal-hal di sekolah.

My Digital Maker merupakan satu program yang saya lihat amat progresif dalam usaha pihak kerajaan melahirkan generasi yang berdaya cipta dan kreatif dalam dunia digital.

Ianya dilancar seiring dengan pengenalan mata pelajaran baru untuk tahun 2017, iaitu Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK) di sekolah menengah serta pengenalan modul Computational Thinking (CT) di sekolah rendah.

Mengenai ASK, saya terlibat secara langsung dengan program rintis MDEC bersama KPM dalam usaha menguji pendekatan terbaik dalam penerapan sulibus terbaru ini.

Secara peribadinya, saya berpendapat ASK merupakan satu subjek penting dalam era baru yang dapat memenuhi tuntutan semasa abad ke-21.

Berikut merupakan video promo sewaktu program pelancaran dalam gerakan ini. Dua pelajar hackathon saya juga muncul dalam video tersebut. =)

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.