Urus Pembelajaran Berasaskan Projek dengan Wunderlist

Pembelajaran berasaskan projek (Project-based learning) merupakan salah satu kaedah pembelajaran dalam dunia  pembelajaran abad ke 21. Ianya boleh diaplikasikan merentasi semua matapelajaran. Banyak sudah kajian menunjukan kaedah pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada perkembangan pelajar.

Lazimnya, sekumpulan pelajar akan diberi tugasan dengan satu misi dan objektif tertentu. Pelajar akan diberi satu tempoh masa yang mencukupi dan  akirnya pelajar dikehendaki menyedia laporan, folio, persembahan slaid, prototaip dan sebagainya.

Pada 2014, saya dan sekumpulan pelajar terlibat dengan projek berskala besar untuk membangunkan sebuah Learning Management System (LMS) yang dinamakan Malaysia Virtual Classroom http://vclassroom.my.

Projek ini terpilih mewakili negeri Perak dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan.  Setelah tamat pertandingan saya melihat kembali kepada proses pembangunan projek seperti ini, perlunya penggunaan sebuah aplikasi pengurusan yang cekap dan responsif.

Wunderlist merupakan satu jawapan yang tepat. Ianya merupakan satu perisian pengurusan peribadi, keluarga, rakan mahupun projek dengan menawarkan ciri-ciri menarik. Ianya menyokong senarai semak tugasan dari hal-hal peribadi dan juga organisasi profesional.

Setiap pelajar perlu memasang aplikasi ini sama ada pada gajet pintar ataupun komputer peribadi. Kemudian, ketua kumpulan akan membina tajuk serta senarai tugas yang hendak diselesaikan. Beliau akan menambah semua ahli kedalam senarai kumpulan untuk kolaborasi.

Didalam setiap tugasan terdapat tetapan untuk menambah nota tambahan, menetapkan tarikh akhir, tambahan sub tugas dan amaran peringatan. Notifikasi automatik juga akan sentiasa dihantar kepada anda sebagai peringatan tugasan yang perlu dibereskan.

Namun berapa ciri utama dibataskan. Sebagai contoh anda hanya boleh menambah hanya 25 sub tugasan sahaja, dengan masukan 225 aksara setiap sub. Namun, untuk sesebuah projek pelajar, ianya mencukupi.

Untuk naiktaraf beberapa ciri pro seperti Unlimited Files (cloud), Unlimited Assigning dan Unlimited Sub Task, anda perlulah membayar yuran bulanan dengan  harga langganan $4.99. Walaupun anda perlu membayar untuk ruangan simpanan tambahan, namun pihak Wunderlist telah mengintergasikan sistem dengan aplikasi percuma Dropbox.

Wunderlist telah menerima gelaran Apps of The Year ‘Apple’s Best of 2013‘ dan ‘Apple’s Best of 2014‘ bagi kategori produktiviti. Mereka juga dinamakan sebagai salah satu apps terbaik Android bagi tahun 2014. Wunderlist mengumumkan  pada 2014  jumlah pengguna mereka adalah seramai lebih 10 juta dan semakin berkembang pesat untuk 2015.

Terdapat pelbagai aplikasi terbaik pengurusan yang terdapat di pasaran seperti Any.do, Trello, Todoist dan Todo.ly. Namun, Wunderlist dilihat lebih kedepan dengan penawaran ciri-ciri yang lebih canggih. Atas faktor inilah Microsoft pada minggu lepas telah membeli syarikat ini dan dilihat bakal mengintergrasikan teknologi ini dengan produk-produk mereka.

 

Aplikasi pintar ini dilihat bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam perlaksanaan gerak kerja projek, namun ia menyediakan mereka dalam persekitaran sebenar pembangunan sesebuah projek di alam perkerjaan kelak. Apa yang saya harapkan Wunderlist nanti mampu menyokong pembinaan carta gantt sepertimana TeamGantt.

MUAT TURUN WUNDERLIST 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.